
KIA BUAT ENJIN BARU – 4 SILINDER TURBO. DAH BOSAN BUAT EV?
Selain membuat pengumuman berkenaan dengan pelancaran trak pikap bagi pasaran Amerika, Kia juga mengumumkan yang kongmolerat automotif itu sedang mengusahakan sebuah lagi enjin turbo 4 silinder cekap tenaga semasa 2025 Kia CEO Investor Day.
Namun enjin ini akan bertindak sebagai enjin modular yang akan digunakan untuk menggerakkan kereta petrol, hibrid dan juga sebagai pengecas bateri bagi kereta hibrid elektrik jarak lanjutan (EREV) yang akan datang.
Dengan hanya memberi imej kasar tanpa sebarang butiran lanjut, Kia memaklumkan yangenjin 2.5 TGDI baharu akan meningkatkan kecekapan haba sebanyak 5 peratus berbanding enjin semasa. Kia menyatakan peningkatan kuasa sebanyak 12 peratus, dengan anggaran kuasamelebihi 300 hp.
Sebagai rujukan enjin dengan kapasiti yang dama dihasilkan oleh Kia buat masa inimenghasilkan 281 hp dalam Sorento dan 290 hp dalam K5 GT. Tork berkemungkinan meningkat melebihi 421Nm tork terdapat dalam SUV dan sedan.
Untuk varian hibrid, Kia mendakwa enjin ini menawarkan pecutan yang lebih baik dan peralihan yang lebih lancar daripada motor elektrik kepada enjin. Selain itu, model elektrik akan memberikan peningkatan kecekapan 4 peratus dengan teknogi hibrid baharu yang menampilkan sambungan bersiri antara motor elektrik dan enjin pembakaran.
Kia tidak mengulas dengan mendalam berkenaan sistem EREV, selain hanya menyebut sistem itu akan menggunakan “sistem penjanaan kuasa kecekapan tinggi menggunakan modul penjana berasaskan petrol 2.5 liter baharu.” Ia beroperasi seperti teknologi E-Power Nissan, Ram’s Ramcharger, dan BMW i3 REx yang lama.
Trenkuasa hibrid baharu dan enjin akan menjadi asas kepada matlamat Kia untuk mencapai 4.19 juta jualan tahunan menjelang 2030. peningkatan yang ketara berbanding dengan jualan tahun 2024 yang mencatat rekod 3.1 juta.
Untuk mencapai sasaran ini, sebanyak 15 model EV dan 10 model hibrid (termasuk hibrid plug-in) akan dilancarkan menjelang penghujung dekad, di mana Kia akan meningkatkan kapasiti pengeluaran globalnya sebanyak 17 peratus kepada 4.25 juta kenderaan.