Buletin

CHERY FULWIN A8 PRO DIPERKENALKAN DI CHINA – 355HP, JARAK GERAK 1,400KM, HARGA BERMULA RM78K

Chery Fulwin A8 Pro, sebelum ini diperkenalkan di Pameran Auto Guangzhou 2023, menandakan satu lagi langkah penting dalam evolusi kenderaan elektrik (EV) China.

Model ini adalah berdasarkan Fulwin A8 yang telah mula dijual sebelumnya, mewakili kecenderungan biasa dalam jenama China untuk menambah ‘Max’ atau ‘Pro’ pada nama model sedia ada bagi mencipta varian baru.

Salah satu perubahan paling ketara dalam Fulwin A8 Pro adalah reka bentuk bahagian muka hadapannya yang lebih tertutup.

Ini memberikan Fulwin A8 Pro penampilan lebih menarik dan moden, serta memberi kesan bahawa ia adalah sebuah kenderaan tenaga baharu sepenuhnya.

Walaupun Fulwin A8 asal telah ditawarkan sebagai kenderaan hibrid plug-in (PHEV), Fulwin A8 Pro baru ini mengalami pembaruan yang signifikan pada bahagian muka hadapannya, memisahkannya daripada reka bentuk kenderaan enjin dalaman pembakaran (ICE) seperti Chery Arrizo 8.

Dari segi dimensi, ia mempunyai ukuran 4,780/1,843/1,469mm dan jarak roda 2,790mm.

Di dalam Chery Fulwin A8 Pro juga hampir sama dengan Fulwin A8. Salah satu perbezaan terbesar ialah stereng kini mempunyai tulisan Fulwin dan bukannya Chery.

Selain itu, bahagian dalaman juga menerima warna baharu iaitu dikemaskan dengan warna putih berbanding hitam sebelumnya manakala tempat duduk pemandu pula mendapat fungsi pemanasan dan pengudaraan.

Perincian lain termasuklah dilengkapi kluster instrument dwi 12.3-inci, skrin infotainment yang menguasai papan pemuka dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Huawei HiCar serta panoramic sunroof.

Beralih pada kuasa, Chery Fulwin A8 Pro didatangkan dengan Chery Kunpeng Super Performance Electric Hybrid C-DM a plugin hybrid system, yang dibina di sekitar enjin 1.5 turbo, menyediakan 154hp dan 220Nm tork.

Selain itu, terdapat tambahan motor elektrik pada gandar hadapan menyediakan 201hp dengan tork 310Nm serta dipadankan bersama transmisi DHT 1-kelajuan, menghamburkan kuasa gabungan 355hp dengan tork 530Nm.

Melalui pek bateri fosfat besi litium 14.2kWh, ia menawarkan jarak gerak sama dengan Fulwin A8 iaitu 1,400km.

Untuk harga pula, Chery Fulwin A8 Pro dijangka diberi tanda harga melebihi AS$16,700 – AS$20,850 (RM78,239 – RM97,682).

Google ads
Back to top button