Motosikal

YAMAHA NVX DAN R15M DI MALAYSIA DIPANGGIL SEMULA

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melaksanakan panggilan semula bagi dua model, Yamaha NVX dan YZF-R15M. 

Menurut HLYM, panggilan semula itu melibatkan model yang dikeluarkan dari 2021 hingga 2023. Difahamkan, panggilan semula itu dilaksanakan sempena program penukaran dan naik taraf alat ganti CCU (Communication Control Unit). 

Sementara itu, pemilik terkesan boleh merujuk kepada nombor casis seperit berikut:

Yamaha NVX 

  • PMYSG7410L0000011 – P0039700 hingga PMYSG7420L0000011 – P0026367

Yamaha R15M

  • PMYRG7910N0000011 – N0002990 hingga PMYRG7910P0002991 – P0005190 dan PMYRG7910P0004991

Dalam pada itu, pemilik yang terlibat diminta untuk terus ke pusat servis rasmi Yamaha terdekat. 

Google ads
Back to top button