Artikel Pilihan

CIRI-CIRI PELIK YANG PERNAH DIPASANG PADA KERETA

Unique Selling Point atau USP atau ciri-ciri menarik yang boleh menarik minat pembeli boleh dikatakan langkah eksperimen pengeluar pada produk baru mereka. Ia akan dihasilkan selepas pengeluar menjalankan kajian mendalam, dan akhirnya memutuskan samaada ciri tersebut sesuai untuk dipasang ataupun tidak.

Sesetengah ciri tersebut disukai oleh pengguna dan ia menjadi trend sehingga memaksa pengeluar lain meniru ciri tersebut. Ada pula ciri-ciri lain yang kelihatan janggal dan pelik sampai la bila-bila. Kami senaraikan ciri-ciri pelik yang ada pada sesetengah kereta yang pernah dikeluarkan dari kilang pemasangan

1. Mercedes Benz – mereka memperkenalkan idea untuk memasang pewangi terbina dalam sistem penyaman udara mereka dengan beberapa pilihan pewangi seperti DayBreak Mood, Pacific Moods, DownTown Moods, NightLife Moods dan Sports Moods.

Jika anda berminat untuk membeli pewangi ini, Mercedes akan membekalkan anda dengan bekas pewangi yang diisi dalam bekas khas, diletakkan dalam glovebox yang akan disalirkan pada sistem penyaman udara. Hmm beli pewangi biasa dah la, jadi makin rumit.

2. Audi – pada tahun 2014, Audi menjual model A8 5.5 yang menghasilkan kuasa 430 kuasa kuda dan 600Nm tork, tapi paling pelik ia dipasang dengan periuk nasi yang membolehkan penumpang memasak nasi di dalam kereta. Sudah tentu A8 biasa dipandu oleh pemandu peribadi dan pemilik kereta boleh memilih untuk cara masakan nasi yang sesuai dengan kehendak mereka. Kalau tak boleh buat nasi lemak sambal sotong atau nasi beriyani, kami tak beli kereta ni…

3. Toyota – ketika mereka melancarkan Toyota Van pada tahun 1984, Toyota memasang van ini dengan peti ais mini lengkap dengan dulang untuk menghasilkan ais. Jadi pemandu boleh menyejukkan minuman mereka ataupun memasukkan ais dalam minuman kegemaran mereka ketika memandu tanpa perlu ke kedai.

4. Honda – pada tahun 1981 Honda memperkenalkan Honda City generasi pertama dengan rekaan kompak 3 pintu yang mampu memuatkan 4 penumpang dalam satu masa. Sebuah mini skuter boleh lipat dengan enjin 50cc dimuatkan pada bahagian kargo sebagai alternatif sekiranya pemandu terperangkap dalam kesesakan jalan. Ideanya ialah pemilik boleh memarkir kereta jika jalan terlampau sesak dan meneruskan perjalanan dengan skuter.

Habis tue, nak balik rumah kena pergi ambil juga kereta tu kan? Takkan nak tinggal tepi stesen minyak 3 4 hari.

5. Rolls-Royce – bayangkan jika hari hujan dan pemandu anda terlupa untuk membawa payung, nanti basah pula sut Armani anda kan. Dah tak best nak mesyuarat dengan Tan Sri. Rolls-Royce memasang satu bekas khas untuk menyimpan sekaki payung di dalam kereta pintu anda. Ia merupakan patung khas keluaran RR yang berharga sekitar USD 1000 per unit dan akan dikeringkan secara automatik dalam bekas payung selepas digunakan

6. Jaguar Land Rover – mereka memperkenalkan ciri penukar gear yang dioperasikan dengan menggunakan tombol rotari, bukannya tombol gear konvensional biasa yang digunakan. Pemandu hanya perlu meletakkan tapak tangan di atas tombol rotari sebelum ia naik ke atas dan pemandu hanya perlu memulas gear tersebut seperti butang suara radio.

Kenapa susah-susah reka sesuatu yang senang? Mesti jurutera dia ni perempuan.

7. Volvo – selain dari Volvo, pengeluar lain seperti Mercedes, dan juga Saab memasang pengelap pada lampu depan kereta. Ia akan mengelap lampu depan sekiranya lampu tersebut dikotori lumpur atau serangga jika dipandu pada waktu malam. Tapi disebabkan banyak serangga yang pupus akibat pencemaran, agak susah kan untuk kita jumpa serangga pada cermin depan kereta kan.

8. Honda – apabila model pertama CRV dipasarkan, Honda mensasarkan pada generasi muda yang aktif keluar mengembara dan berkhemah bersama si Nopal. Jadi Honda memasang aksesori mandian yang merangkumi bekas air, hos air, unit pancuran dan pam elektrik 12V. Ha boleh la mandi selepas selesai mendaki gunung, barulah badan selesa dan tak melekit kan.

9. General Motor – apabila mereka memperkenalkan SUV terbaru mereka iaitu Aztec, ideanya ialah untuk kegunaan pengguna yang aktif termasuk berkhemah. Jadi GM memasang aksesori perkhemahan pada Aztec yang dibekalkan dengan tilam angin dan khemah yang dipasang pada bahagian belakang Aztec. Ahhh sewa AirBNB atau Agoda lagi selesa wei.

10. Fiat – apabila model 500 dilancarkan pada tahun 2012, ia datang dengan pilihan untuk menghasilkan kopi yang baru dibrew. Sistem ini lengkap dengan sistem pemanas air, pod kopi dan paip saliran untuk mengalirkan kopi segar terus kepada anda. Ia dihasilkan oleh pembuat kopi terkenal Itali iaitu Lavazza datang dengan cawan kopi, sudu dan pek gula tersendiri. Kos aksesori ini ialah sekitar USD300.

Singgah mamak beli nescafe tarik lagi best kan

Google ads
Back to top button