SAKSIKAN KEHEBATAN TESLA MODEL 3 MEREDAH BANJIR DI CHINA
Okey sesiapa yang selalu kutuk-kutuk Tesla tu sila tengok macam mana Tesla Model 3 meredah air banjir di China. Hebat Tesla ni, mana pernah kami kutuk Tesla lagi setakat ni.
Pilihan untuk meredah air banjir sememangnya bukan langkah yang bijak kecuali jika anda memandu kenderaan 4×4 yang mempunyai kelegaan bumi yang sesuai, tayar saiz besar dan snorkel untuk enjin bernafas. Tapi bagi negara yang selalu banjir termasuk Malaysia, ramai sebenarnya geng-geng berani mati yang selamba badak meredah banjir dengan kereta biasa.
Pautan video yang disertakan ini menunjukkan sebuah Tesla Model 3 berwarna putih meredah banjir tanpa sebarang masalah di Shanghai, China baru-baru ini.
Sedan berkuasa elektrik tersebut dipandu keluar dari kawasan pakir sebelum menuruni sedikit cerun sehingga keseluruhan bahagian hadapannya ditenggelami air. Nampak memang menakutkan tapi nampaknya tiada apa-apa berlaku dan pemandunya terus berlalu pergi. Dibuatnya macam pandu pikap ubahsuai je.
Kalau ia sebuah sedan biasa dengan enjin pembakaran dalaman, rasanya air dah masuk habis ke dalam enjin dan ekzos sekaligus mengakibatkan kerosakan serius. Tapi serius cakap, walaupun Tesla tu nampak macam tak ada apa-apa kami yakin sedikit sebanyak mesti ada air yang terlepas masuk ke dalam kabin. Ini bukannya bot ye tak?
Tapi sebenarnya Elon Musk sendiri pernah memuatnaik di Twitter tentang kemampuan Model S untuk terapung seketika di permukaan air bagai sebuah bot dan bergerak dengan putaran roda sebahagai tujahan.
Namun beliau sendiri menegaskan yang ia bukannya satu cadangan yang baik. Kalau dalam kemalangan tu lain cerita la.