Artikel Pilihan

CORVETTE ZR1 C8 ADALAH KERETA PRODUKSI TERLAJU DI DUNIA BAWAH USD1JUTA – LAJU-LAJU NAK KE MANA?

Berapa laju sebenarnya Corvette baru ni? Dikuasakan enjin baharu dengan 1,000+ hp, ZR1 mampu memecut sehingga 375.92 kmj. Lebih laju dari dakwaan semasa ia dilancarkan sekali gus menjadikannya kereta paling laju dalam sejarah pengeluaran kereta GM.

Lebih menarik lagi kerana ia bukan kereta yang diubahsuai tapi datang terus dari kilang dan dipandu sendiri oleh Presiden GM, Mark Reuss. Fuh, power betul bapak presiden GM ni.

Ujian kelajuan ini juga bukan dilakukan secara semberono dengan sekali pecut. Ia dilakukan di ATP Automotive Testing Papenburg di Jerman. Dua buah kereta produksi dibawa ke sana dengan pasukan lima orang jurutera sokongan dan sentiasa mencatat kelajuan melebihi 370kmj setiap kali ujian.

Lebih menarik lagi model yang digunakan merupakan keluaran standard dari kilang tanpa sebarang pengubahsuaian. Ia didatangkan lengkap dengan pakej aero karbon dan tayar Michelin Pilot Sport 4S standard.

Seorang jurutera berada dalam kereta bersama Reuss setiap kali ujian kelajuan dilakukan untuk menganalisa data secara langsung sekaligus menambah berat keseluruhan kenderaan. Bukan macam catatan masa perlumbaan drag di mana kereta ditogelkan sepenuhnya untuk pengurangan berat.

Jangan ada pula yang membandingkannya dengan Bugatti Chiron ataupun Rimac Nevera yang sah-sah berada dalam kategori lain. Ini nak cerita kategori supercar dengan harga di bawah USD1 juta. Banyak lagi kereta produksi lain yang lebih laju tapi tengoklah berapa harganya.

Google ads
Back to top button