Artikel Pilihan

SELAMAT TINGGAL MESIN RUMPUT BERKUASA PETROL HONDA – ELEKTRIK DI MANA-MANA

Mesin pemotong rumput merupakan satu keperluan bagi mereka yang mempunyai kediaman yang mempunyai halaman yang luas. Kalau duduk kondo nak beli mesin rumput buat apa. Kalau di AS kebanyakan mesin pemotong rumput yang dijual adalah dari jenama Honda. Okey la ada juga Honda kat rumah walaupun bukan S2000 atau pun NSX.

Jenama mesin pemotong rumput Honda ni cukup terkenal kat sana dan mula dijual sekitar tahun 1978. Kini semuanya bakla berubah sebab Honda menghentikan pengeluaran model HRX, HRN dan HRC. Kesemuanya merupakan mesin berkuasa petrol dan perubahan terpaksa dilakukan kerana faktor kawalan alam sekitar yang ketat dan trend pengguna yang berubah.

Honda kini bakal menunjukkan model-model baharu mereka pada Equip Expo 2024 dan menjanjikan prestasi yang setanding dengan model berenjin petrol terdahulu. Ia akan mula terjual musim bunga akan datang.

Model permulaan ialah HRN-BV yang bakal dijual pada harga USD899 (RM3865.70). ia menggunakan motor berkuasa 1.5 kW/2 PS yang lebih dari mencukupi untuk memotong rapi rumput-rumput karpet di sekeliling rumah anda yang mencolok mata tu.

Kuasa dibekalkan bateri lithium-ion 8Ah yang mampu memberikan tempoh operasi 30 minit. Kalau rasa tak cukup boleh tambah bateri yang lagi besar (12Ah) yang mampu beroperasi selama 45 minit.

Kualiti tak perlu bimbang sebab ia adalah keluaran Honda cuma kalau dipasarkan di Malaysia memang penat la nak bersaing dengan mesin pemotong rumput elektrik copy ori buatan China yang berlampak dalam laman jual beli atas talian. Tak tahan lama pun tak pelik sangat sebab dah sah ia barang keluaran tanah besar China.

Google ads
Back to top button