Buletin

DACIA DUSTER SERBA BAHARU - PENERUS LEGASI SUV DARI ROMANIA

Dacia Duster serba baharu akan membuka buku baharu seterusnya dalam kisah model yang telah berkembang menjadi penetap standard dalam pasarannya. Ia adalah ikon serba boleh, merangkumi semua yang dimaksudkan oleh jenama Dacia: Robust and Outdoor’, ‘Essential but Cool’, and ‘Eco-Smart’.

Asalnya, Dacia Duster generasi pertama telah diperkenalkan pada tahun 2010, sebelum generasi kedua pula diperkenalkan bermula tahun 2017 dan terus melonjakkan nama Dacia Duster ini sebagai SUV mesra slip gaji.

Dacia Duster ini merupakan kisah kejayaan yang telah terbukti. Dalam jangka hayatnya selama 13 tahun, ia telah dianugerahkan lebih daripada 40 pengiktirafan, pengeluaran berjumlah 2.2 juta unit dan semakin meningkat, dan popularitinya semakin meningkat, disenaraikan sebagai SUV terlaris Eropah merentas semua segmen dalam pasaran runcit pada tahun 2022. Sekitar 1,000 unit Dacia Duster ini diproduksikan melalui kilang pemassangan Dacia di Pitesti, Romania, setiap hari – kira-kira satu setiap minit! Suatu pencapaian yang hebat buat jenama yang berasal dari Romania ini.

Dan generasi ketiga Dacia Duster serba baharu ini telah direka serba baharu bagi meneruskan legasi sebuah SUV yang popular dengan menampilkan rekaan yang lebih segar, moden dan juga elegan.

Menurut David Durand, Pengarah Reka Bentuk Dacia, berkata: “Sebelum memulakan kerja pada gaya  Duster baharu ini, kami mengasah perkadarannya, untuk mencari postur yang kuat dan seimbang. Apabila anda mendapat perkadaran tepat pada awalnya, anda tidak memerlukan artifis untuk mengubah gaya kemudian.”

Pasukan reka bentuk bermula dengan mudah, dengan memberikan perhatian pada ruang kabin, bonet dan sayap. Kemudian mereka memasangnya ke dalam keseluruhan kereta untuk memberikan model itu gaya moden yang dibina dengan baik, dengan garisan yang lurus.

Pada bahagian hadapan, gril dan bampar telah direka baharu dengan rekaan yang lebih menonjol dan berani. Bahagian lampu utama direka dengan bentuk Y senada dengan lampu belakang dan juga beberapa rekaan di rim aloi serta corong pendingin hawa di bahagian kabin.

Juga terdapat penggunaan skid plate pada bampar bagi menonjolkan imej yang lebih rugged serta membolehkan pemiliknya mencuba laluan off-road jenis ringan.

Ruang roda yang ditampal body clading dengan bentuk bersegi serta skid plate juga di bahagian belakang sebenarnya diperbuat daripada bahan kukuh Starkle. Ianya Direka oleh jurutera Dacia dan ahli kimia LyondellBasell, bahan itu, yang didedahkan pada kereta konsep Manifesto, yang merupakan terdiri daripada bahan kitar semula sehingga 20%. Komposisinya termasuk zarah putih yang memberikan rupa berbintik-bintik, yang dikekalkan oleh Dacia daripada mengecat bahan tersebut pada model ini.

Model baharu yang dibina berdasarkan pelantar CMF-B ini menggunakan enjin 1.6 liter yang turut didatangkan dengan sistem hibrid dengan penggunaan dua elektrik motor. Ini membolehkan Dacia Duster baharu ini dipandu di kawasan bandar dengan penggunaan bateri sehingga 80%.

Enjin TCe 130 1.2 liter turbo berserta sistem hibrid ringan 48V turut buat pertama kali diperkenalkan oleh Dacia dengan pilihan sama ada kotak gear manual atau pun auto.

Bukan itu sahaja, Dacia turut memperkenalkan TCe 100 Bi-Fuel dengan pilihan penggunaan dua bahan bakar antara petrol atau pun LPG. Ianya menggunakan dua tangki berasingan dengan kapasiti 50 liter setiap satu.

Ciri – ciri menarik yang ada pada Dacia Duster ini termasuklah enam beg udara, paparan digital papan pemuka bersaiz 7 inci, sistem infohiburan yang berukuran 10.1 inci lengkap dengan sambungan Apple Car Play & Android Auto, serta dilengkapi dengan sistem bunyi 3D enam speaker Arkamy.

Ianya dijangka dijual pada aras harga £22,000 (RM129,466).

BACA : DACIA JOGGER MPV MAMPU MILIK, ENJIN 1.0L TURBO 3 SILINDER!

BACA : DACIA JOGGER EXTREME – DARIPADA MPV KELUARGA BERUBAH KEPADA KERETA KELUARGA YANG SERBA BOLEH

Google ads

B K

Back to top button