
SPESIFIKASI TF 250-X DIDEDAHKAN, BAKAL DILANCARKAN DISEMBER INI – HARGA BERMULA RM46K
Triumph akhirnya telah membocorkan spesifikasi motocross terbarunya, iaitu TF 250-X dan hanya akan dilancarkan pada Disember 2023.
TF 250-X dirancang untuk menyertai pertandingan Motocross World Championship, AMA Supercross dan Pro Motocross pada 2024.

Mengenai dimensi, motosikal ini mempunyai jarak roda 1,492mm, lebar hendal 836mm dan tinggi tanpa cermin 1,270mm sementara ketinggian tempat duduk ialah 960mm serta dibekalkan bersama tangki bahan api berkapasiti 7 liter.
Salah satu aspek penting dalam motocross ialah suspensi dan untuk itu, Triumph TF 250-X menggunakan model KYB, 48mm AOS dan di belakang adalah monoshock dengan piggyback tiga hala.
Untuk brek, cakera dibuat oleh Galfer, 260mm di hadapan dan 220mm di belakang dengan angkup Brembo.

Mengenai casis, ia menggunakan aluminium dengan model yang disesuaikan daripada input juara MXGP.
TF 250-X diserlahkan lagi melalui rim hadapan 21-inci, rim belakang 19-inci, dan kedua-duanya dibalut dengan tayar Pirelli Scorpion MX32.
Bagi kuasa pula, ia dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 4-lejang DOHC 249.95cc dan uniknya, karakter enjin ini boleh dilaras menggunakan aplikasi MX Tune Pro pada telefon pintar.
Selain itu, Triumph turut menawarkan aksesori lengkap seperti sistem ekzos dari Akrapovic, X-trig holeshot, kit gantian badan serta banyak lagi.
Untuk harga pula, TF 250-X diberi tanda harga bermula AS$9,995 atau kira-kira RM46,601.
GALERI:








- BACA: TRIUMPH BONNEVILLE STEALTH EDITION 2024 KINI TERIMA KEMASAN, ESTETIKA BAHARU
- BACA: TRIUMPH TIGER 900 GT ARAGON EDITION KINI DI MALAYSIA – 93.9HP, HARGA BERMULA RM81K
- BACA: TRIUMPH TIGER SPORT 660 BAHARU JANA 80HP, TIGA PILIHAN WARNA, HARGA BERMULA RM50K
- BACA: TRIUMPH DEDAH JENTERA BAHARU – SPEED 400 DAN SCRAMBLER 400 X, MULA DIJUAL PADA 2024

