
DACIA SANDRIDERS BERSEDIA UNTUK MENAKLUK PADANG PASIR SEKALI LAGI. KALI INI BERAKSI DI ABU DHABI DESERT CHALLANGE
Pasukan Dacia Sandriders yang telah pun beraksi dalam perlumbaan ekstrem Rali Dakar dengan berjaya memenangi perlumbana peringkat akan terus memburu kejayaan apabila akan turut beraksi dalam perlumbaan Abu Dhabi Desert Challenge pada 22 hingga 27 Februari 2025.
Malah, pasukan Dacia Sandriders itu juga dijangka akan turut cuba menguji untuk memburu kemenangan merentas gurun dengan perlumbaan Rallye du Maroc pada bulan Oktober nanti.
Untuk aksi Abu Dhabi Desert Challenge selama enam hari itu nanti akan membabitkan permukaan padang pasir yang cukup mencabar dan menakjubkan di Timur dan Selatan Emirates.

Untuk pusingan kedua perlumbaan FIA World Rally-Raid Championship (W2RC) pasukan Dacia Sandriders ini akan mempertaruhkan jentera Dacia Sandrider yang bertenaga mampan dengan pemandu Nasser Al-Attiyah / Édouard Boulanger dan juga Sébastien Loeb / Fabian Lurquin.
Setelah mempamerkan prestasi yang baik sewaktu Rali Dakar dengan empat kali peringkat 10 teratas, Cristina Gutiérrez dan Pablo Moreno juga akan meneruskan kempen W2RC mereka pada akhir musim ini.
Reputasi pemandu Nasser Al-Attiyah dan juga Sebastian Loeb juga bukanlah calang – calang dalam aksi ekstrem ini apabila Nasser Al-Attiyah sendiri merupakan juara empat kali bagi perlumbaan Abu Dhabi Desert Challenge dengan kali terakhir memenanginya pada tahun 2024. Manakala Sebastien Loeb menduduki tempat kelapan keseluruhan pada tahun 2022.

Perlumbaan Abu Dhabi Desert Challenge berpusat berhampiran dengan Rali Dakar Arab Saudi dan bermula lebih sedikit daripada sebulan selepas pembukaan musim W2RC bagi mengurangkan isu pengangkutan dan mengurangkan kos logistic secara tidak langsung.
Prinsipa pasukan Dacia Sandriders, Tiphanie Isnard menegaskan pasukannya akan kekal fokus setelah mengalami sedikit kekecawaan dengan keputusan di Rali Dakar sebelum ini
Perlumbaan Abu Dhabi Desert Challenge ini akan membabitkan lima peringkat perlumbaan dengan setiap satunya membabitkan beberapa ratus kilometer untuk menghabiskan sesuatu peringkat. Tidak termasuk peringkat prolog, perlumbaan ini akan membabitkan 1,175 km (keseluruhan jarak adalah 1,920 km) untuk dihabiskan dalam tempoh enam hari terturut – turut perlumbaan.
BACA : DACIA SANDRIDERS BERSEDIA UNTUK MENAKLUK DAKAR RALLY
BACA : DACIA SANDRIDER – MUNGKINKAH INI PENCABAR BAHARU UNTUK RALI DAKAR