DELOREAN DMC-12 JUGA AKAN DIPAMERKAN DI SALON PRIVE YANG DILENGKAPI DENGAN TRENKUASA ELEKTRIK SEPENUHNYA
Sebuah model DeLorean DMC-12 dengan teknologi EV akan menjadi salah satu kereta yang akan menjadi bintang di Salon Privé 2024 selepas syarikat teknologi EV antarabangsa terkemuka Electrogenic mengesahkan kehadirannya di Blenheim Palace untuk menyertai pameran kenderaan terkemuka yang ulung itu.
Kereta wira ikonik triologi filem Back to the Future itu kini akhirnya mempunyai prestasi yang sesuai cukup dengan reka bentuk badan futuristiknya sementelah ianya kini dilengkapi dengan kit penukaran EV ‘plug and play’ daripada Electrogenic. Kini ianya menawarkan lebih daripada 150 batu jarak perbatuan untuk sebuah kereta elektrik sebenar dan boleh menggunakan pengecas pantas CCS terkini untuk pengecasan yang lebih pantas.
Sedikit sejarah untuk diimbas, model DeLorean DMC-12 ini merupakan visi bekas eksekutif GM John DeLorean, telah direka bentuk dengan kerjasama daripada Lotus dan telah dibina di Belfast. Ianya kemudian telah dilancarkan secara rasmi pada pertengahan tahun 1981.
Mempunyai penggayaan yang mungkin sedikit dramatik serta menggunakan pintu jenis gullwing yang mampu menarik orang ramai, akan tetapi ciri utama kereta ini adalah binaan komposit pada rangka badan dengan keluli tahan karatnya, dijamin tidak akan mereput. Teknologi telah bertahan dan terbuki dengan ujian masa. Dikhabarkan, tiga perempat daripada 9,000 lebih DeLorean yang dibina masih berada di atas jalan raya.
Enjin Renault V6 berteknologi rendah barangkali tidak sepadan dengan paras rupa model ini yabg sedikit garang dan menonjol. Ianya hanya mampu menghasilkan kuasa sekitar 130 HP sahaja.
Kini ianya dilengkapi dengan motor elektrik baharu yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 220 HP dengan pacuan roda belakang serta dipadankan dengan pek bateri 43kW yang dipasang di tempat tangki bahan api di bawah petak bagasi hadapan dan di atas motor elektrik di belakang.
Kini DeLorean DMC-12 ini mampu memecut dari titik pegun ke angka 100 km/j hanya dalam tempoh 5 sahaja serta dilengkapi dengan kawalan pelancaran juga, pertama kali buat model keluaran daripada Electrogenic sendiri.
Terdapat tork segera dan rizab kuasa yang mencukupi pada sebarang kelajuan semasa bergerak yang boleh digunakan. Ia juga dilengkapi dengan brek penjanaan semula boleh laras dan profil pemacu boleh dipilih, daripada Eco atau pun Sport.
BACA : DUA JENTERA RALI LAGENDA AKAN IKUT SERTA DI SALON PRIVE CONCOURS
BACA : EMPAT LAGI KERETA KLASIK UNTUK DITAYANGKAN DI SALON PRIVE LONDON