MESTI TONTON – FILEM CABARAN REKOD ALTITUD TINGGI PORSCHE
Pada bulan Disember tahun lepas, sekumpulan kecil jurutera dari Porsche dan pemandu professional telah memulakan usaha untuk memecahkan rekod pendakian altitud tinggi menggunakan kereta. Kereta apa? Kalau abang kata Alza mesti korang gelak sampai terkeluar ginjal. Tak adalah. Semestinya model keluaran Porsche. Lebih tepat lagi dua buah 911 yang telah diubahsuai khas.
Lokasi pendakian ialah Ojos del Salado yang merupakan kemuncak gunung berapi tertinggi di dunia yang terletak di utara Chile. Mereka telah berjaya memandu sehingga ke ketinggian 22,093 kaki! Sebab ni Porsche 911 ni salah satu model impian abang dik.
Filem bertajuk Edith: Volcano Ascent ini memaparkan perjalanan sekumpulan jurutera Porsche dari awal. Dari peringkat pembangunan, temuramah dan persediaan yang dilakukan dan sebagainya. Kemuncaknya ialah bila juara Le Mans, Romain Rumas berjaya memecahkan rekod dengan memandu 911 yang dinamakan Edith sampai ke kemuncak tertinggi tersebut.
Untuk sampai ke tahap itu, 911 yang digunakan telah menjalani pembedahan untuk menambah pelbagai kelengkapan berteknologi tinggi antaranya sistem steer-by-wire bagi mengurangkan gegaran pada stereng selain suspensi khas yang asalnya dibangunkan untuk jentera perlumbaan 919 Le Mans.
Filem ini bakal ditayangkan buat pertama kalinya pada 16 Ogos ini di Monterey dalam acara Car Week. Kalau tak sempat pergi Monterey pun tak apa sebab lepas ni mesti ada dalam laman Youtube. Rasanya la.
Menarik juga idea ni. Apa kata lepas ni kami anjurkan acara pendakian menggunakan Alza vtectec ke puncak gunung Daik bercabang tiga?