Buletin

EMPAT LAGI KERETA KLASIK UNTUK DITAYANGKAN DI SALON PRIVE LONDON

Sebuah acara tontonan kereta klasik yang terkenal dan unik akan diadakan di Salon Privé London Concours de Vente pada 20 – 22 April ini. Salon Privé London Concours de Vente ini akan menghimpun sejumlah deretan klasik untuk tontonan kepada umum di tengah kawasan Royal Hospital Chelsea, London.

Tapi yang menarikya tentang acara ini, ianya bukan sahaja untuk ditonton tetapi setiap model yang dipamerkan akan dijual mengikut kelas masing – masing (sehingga £250,000, diantara £250,000 dan £1 juta & melebihi £1 juta). Ada hadiah juga menanti untuk terbaik dalam kelas serta Prix d’Honneur. Dan ini ada empat buah model klasik yang telah mengesahkan tempat ke acara tersebut.

Maserati 3500GT Vignale Spyder

Ini diantara model klasik yang dijangka menjadi tumpuan hadir daripada Classic Motor Hub. Ianya diibaratkan model klasik yang super rare apabila model ini merupakan satu daripada lima model yang dibina dengan pemanduan sebelah kanan. Asalnya model ini telah dijual kepada lelaki Inggeris yang menetap di Itali dan telah dibawa masuk ke England pada tahun 1969.

Kereta ini pernah memenangi 2016 Maserati Club Concours dan pastinya telah menerima kerja – kerja restorasi semula yang cukup ektensif bagi mengekalkan keasliannya.

Ferrari Dino 246GT 1972

Model Ferrari ini juga sama seperti model di atas yang turut menggunakan pemanduan sebelah kanan. Paling penting, kadar keaslian mungkin sukar ditanding oleh model klasik yang lain. Beberapa perkasasan seperti tempat duduk, karpet dan juga papan pemuka masih lagi asli seperti dahulu kala. Urusan dokumentasi penjualannya ketika dahulu turut masih ada untuk dijual bersekali bagi menambahkan ke-klasik-annya itu. Malah, titik perbatunnya juga hanyalah 34,500 km.

 Ferrari 512 BB 1977

Ini ada sebuah lagi model yang mungkin sedikit moden daripada Ferrari, 512 BB. Model ini merupakan yang dibawa masuk secara rasmi oleh Ferrari ketika itu. Dan kereta ini masih lagi asli seperti keadaan asal tanpa melibatkan kerja baik pulih yang pernah dibuat. Ferrari 512 BB ini hanya mempunyai empat pemilik setakat ini, dan pemilik pertamanya adalah taikun yang cukup terkenal Mohammed Al-Fayed.

Alfa Romeo 1900

Ini adalah model yang penuh dengan sejarah. Ianya dibina berdasarkan pembinaan badan kereta bersatu buat pertama kalinya. Ianya dibina oleh firma Pininfarina dengan unit yang cukup terhad, 100 unit sahaja. Menambahkan lagi rare model ini, ianya juga merupakan sebuah daripada sembilan unit model pemanduan sebelah kanan yang wujud. Model ini pernah menjalani proses baik pulih ekstensif pada tahun 2010 bagi menyertai Mille Miglia Storico 2015 dan rupanya terus kekal hingga ke hari ini.

BACA : INI 10 KERETA SPORTS KLASIK DAN IKONIK JEPUN YANG MENGGEMPARKAN INDUSTRI AUTOMOTIF DUNIA

BACA : REGAS PREMIUM AUTO DEDAH JENTERA KLASIK IKONIK BMW 700 COUPE

Google ads

B K

Back to top button