Buletin

DUA JENTERA RALI LAGENDA AKAN IKUT SERTA DI SALON PRIVE CONCOURS

Acara pameran kereta Salon Privé Concours yang berlangsung di Blenheim Palace tidak lama lagi merupakan suatu acara pameran kereta / kenderaan yang mempunyai sejarah dan prestij tersendiri untuk dipertontonkan. Dan untuk pameran yang akan berlangsung pada tanggal 28 – 31 Ogos nanti, terdapat dua buah jentera rali yang cukup ikonik untuk didekati.

Lancia Stratos HF 

Jentera ini barangkali tidak ramai yang mengenali akan model rali klasik ini. Sejarah model ini bermula apabila Pengarah Perlumbaan Lancia ketika itu Cesare Fiorio mahukan sebuah jentera perlumbaan bagi menggantikan model awalannya Fulvia HF, yang mana hayatnya ketika itu sudah hampir ke pengakhirannya.

Model baharu tersebut mestilah terlebih dahulu dibina untuk model jalanan meliputi 400 unit bagi tujuan keperluan homologasi Group 4 ketika itu sebelum dibenarkan model rali dijelmakan. Dan ianya telah dibina berdasarkan model konsep daripada Stratos Zero 1970. Dan akhirnya pada tahun 1971, ianya telah dilancarkan secara rasmi di Turin Motor Show yang dikuasakan dengan enjin Ferrari Dino V6 2418 cc dengan enjin tersebu dipasang secara melintang di bahagian belakang.

Dan model yang dipaparkan dengan mempunyai casis nombor 1637 yang diperbuat pada tahun 1974 yang juga merupakan tahun permulaan kegemilangan buat Lancia Stratos. Ianya mempunyai kuasa sehingga 275 HP berbanding model jalanan hanya 190 HP sahaja.

Model ini telah pun bertukar beberapa kali pemilik dan kekal berada di UK sebelum pembeli terakhirnya adalah Masanori Yokoyama seorang pengumpul kereta dari Jepun. Dan beliau telah membuat kerja – kerja baik pulih termasuklah kerja tingkat taraf bahagian enjin yang kini mempunyai kuasa sehingga 320 HP serta dilengkapi dengan livery Lancia Alitalia yang cukup ikonik, sama seperti ketika perlumbaan Rali Safari 1975.

Subaru Impreza WRC97

Baiklah, model rali yang satu ini juga cukup ikonik buat peminat Subaru dan juga Impreza. Menarik tentang model rali Subaru Impreza WRC97 ini, walaupun perjanjian penajaan yang dibuat oleh Subaru dengan jenama British American Tobacco ‘State Express 555′ pada 1993 telah lama berakhir namun Subaru kekal menggunakan livery’555’ pada keretanya, mengiktiraf ikatan kukuh yang telah diciptanya dengan bekas penaja mereka dengan menggunakan logo biru dan kuning.

Subaru Impreza WRC97 dengan casis 97001 ini sebetulnya adalah merupakan model pertama yang pernah digunakan oleh Colin McRae untuk sesi ujian sekali gus memberikan asas yang kukuh terhadap model Impreza untuk mencapai kejayaan buat Subaru dalam kempen WRC pada tahun 1997.

Rakan Subaru, Prodrive yang berpangkalan di UK telah membina semula Impreza WRC97 sebagai tindak balas terhadap regulasi baharu yang telah diperkenalkan dengan menyaksikan Group A telah digugurkan sepenuhnya.

Model ini telah dibangunkan berdasarkan model GC8 dua pintu oleh Peter Stevens dengan beberapa perubahan termasuklah ketegaran casisnya. Enjin asal Subaru yang juga cukup ikonik itu telah ditala semula bagi membolehkan kuasa 310 HP dan 497 Nm dikerah tanpa masalah.

Dan tahukah anda bahawa casis 97001 ini turut pernah dimiliki oleh bekas Valentino Rossi dan beraksi di Rali Monza. Sempat juga model ini kembali ke Prodrive untuk menjalani proses baik pulih sebelum pemiliknya yang terkini seorang Jurutera yang kini menetap di Suffolk.

BACA : EMPAT LAGI KERETA KLASIK UNTUK DITAYANGKAN DI SALON PRIVE LONDON

BACA : SUBARU IMPREZA WRC PETTER SOLBERG KEMBALI BERAKSI? BETULKAH NI?

Google ads

B K

Back to top button