FERRARI 12 CILINDRI, DINAMAKAN SEMPENA ENJIN V12.
Itali ada cara yang unik dalam proses penamaan kereta mereka agar berbunyi cukup canggih. Enjin dengan 2 palam pencucuh bagi setiap silinder dipanggil Twin Spark, 4 pintu disebut Quattroporte, dan Merah disebut Testarossa.
Dalam era teknologi kereta elektrik, Ferrari dengan bangga menamakan supercar mereka sebagai 12 Cilindiri. Seperti yang dijangka, supercar ini diberikan enjin 12 silinder dalam susunan V dengan sesaran mencapai 6500cc
Enjin ini tidak diberikan sebarang teknologi hibrid atau turbo, sebaliknya diberikan rod penyambung yang dihasilkan daripada titanium. Enjin ini menjana 820 kuasa kuda dan 677Nm tork, selain boleh diperah sehingga 9500 RPM.
Pecutan 0-100km/h dibuat dalam masa 2.9 saat, manakala 0-200 dibuat dalam masa 7.8saat dengan kelajuan tertinggi ialah 350km/jam. Jurutera Ferrari mengakui adalah sukar untuk memenuhi regulasi pencemaran udara menyebabkan kuasa enjin sedikit “terhad”. Malah enjin ini juga terpaksa menghadkan bunyi ekzos kepada 72db
Bahagian belakang juga menempatkan ciri active aero, yang boleh diaktifkan antara 60km/jam sehingga 300km/jam bagi menjana sehingga 50kg downforce pada gandar roda belakang. Namun pada masa yang sama, sistem motor ini menyebabkan ruang kargo menjadi kecil sehingga 270 liter.
Roda dihasilkan daripada aluminium secara tempaan dengan sais mencapai 21 inci. Perkakasan brek drive by wire dan sistem suspensi menggunakan sistem yang sama dengan model 812 Superfast. Selain menggunakan platform yang lebih pendek sebanyak 20mm, 12 Cilindri juga menggunakan side slip control terbaru, untuk mengelakkan anda membuat aksi stunt sama seperti Ford Mustang
Bagi kemasan dalaman, terdapat 2 skrin untuk digunakan termasuk untuk penumpang depan. Walaupun nampak ringkas, beberapa ciri seperti pemanas dan penyaman udara “tenggelam dalam skrin”. Ferrari 12 Cilindiri ditawarkan dengan harga asas tanpa aksesori dengan harga €395,000 untuk Coupe
Bagi varian hard top, ia ditawarkan dengan harga €435,000 tapi bumbungnya akan dilipat dalam masa 14 saat. Jangan tukar angka tersebut dalam Ringgit Malaysia melainkan anda ingin pengsan berdiri.