Buletin

ISU KENAIKAN HARGA PETROL, DIESEL BELUM DIBINCANGKAN DI KABINET – PM

Kabinet belum membuat sebarang perbincangan berhubung kenaikan harga minyak petrol dan diesel selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada perbincangan serius di Kabinet berhubung penarikan subsidi diesel seperti yang dilaporkan sebelum ini. Menurutnya, laporan negatif media asing berhubung isu itu dilihat dibuat tanpa fakta sahih yang disemak terlebih dahulu.

“Ada siri laporan negatif oleh media tertentu dari beberapa negara jiran dan media antarabangsa. Saya fikir ia dibuat tanpa etika dan rujukan pada sumber yang betul selain tidak disemak terlebih dahulu.

“Contohnya isu kasino, tiada asas langsung, tidak pernah dibincangkan pada mana-mana peringkat dan ia tidak pernah atas niat atau pengetahuan saya.

“Kedua tentang sekarang, mengenai kenaikan harga, penarikan subsidi untuk diesel. Tiada perbincangan awal dalam Kabinet, tiada perbincangan tegas dibawa ke Kabinet,” katanya selepas Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Pemimpin Masyarakat Permatang Pauh di sini pada Ahad.

Anwar menambah, laporan yang dibuat media asing itu berkemungkinan disebabkan pendirian kerajaan dalam isu politik dan seterusnya dijadikan bahan untuk digunakan oleh pihak pembangkang.

“Saya dapati sejak kebelakangan ini, mungkin kerana pendirian kita dalam isu-isu politik yang tegas. Maka, ada media dan antarabangsa yang terus menyerang daripada segi berita-berita yang negatif, umpamanya kasino. – Sinar Harian

Google ads
Back to top button