" "
Buletin

FIAT 500 DAPAT VERSI GIALLISSIMA LIMITED EDITION KUNING TERANG DI JEPUN, 200 UNIT

Fiat 500 merupakan kereta bandar segmen A yang masih lagi wujud sehingga sekarang semenjak diperkenalkan kembali pada tahun 2007.

Untuk pasaran Jepun, kereta yang comel ini mendapat edisi terhad Giallissima Limited Edition yang dihadkan kepada 200 unit sahaja.

Antara ciri utama yang dibawakan adalah layangan warna kuning terang pada bahagian luar, diikuti dengan kemasan warna serupa pada bahagian papan pemuka serta upholsteri fabrik biru gelap.

Dari segi kelengkapan, Fiat 500 tampil dengan rim bersaiz 14 inci, cermin sisi hitam, lampu DRL LED, lampu utama halogen, skrin infotainmen tujuh inci Uconnect, serta tujuh beg udara.

Pembeli di Jepun hanya boleh mendapatkan Fiat 500 dengan nadi 1.2 liter yang mampu menjana 68 hp dan 102 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik lima kelajuan.

Harga jualan bermula dari ¥2,330,000 (RM84,724).

Google ads
Back to top button