Buletin

HANYA KERANA SKRU LAMPU TERDEDAH, LAMBORGHINI PANGGIL SEMULA 4,796 HURACAN

Ya, anda sedang baca tajuk yang betul.

Hanya disebabkan oleh skru pelarasan lampu yang terdedah, hampir lima ribu unit Huracan terpaksa dipanggil kembali oleh Lamborghini untuk memasang penutup bahagian tersebut.

Kempen recall ini melibatkan model Huracan tahun 2015-2020, di mana ketiadaan penutup skru pelarasan boleh menyebabkan mana-mana pihak boleh melaraskan suluhan secara menegak.

Jika lampu utama tidak dilaraskan dengan baik ia mampu menyebabkan tahap silau yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

Tidak seperti kenderaan moden yang dilengkapi peranti VHAD (vehicle headlamp aiming device), Lamborghini Huracan tidak mempunyai teknologi tersebut, dan menurut agensi NHTSA pelarasan suluhan menegak hanya boleh dibuat di kilang sahaja, dan tidak boleh dibuat sembarangan.

Sumber: Carscoops

Google ads
Back to top button