Buletin

FISKER OCEAN – ORAIT KAH SUV ELEKTRIK BAHARU INI?

Suka atau tidak, dunia kini semakin berubah secara pantas, terutamanya membabitkan teknologi kenderaan. EV (electric vehicle) semakin bersepah dalam pasaran. Pemain lama mula berubah daripada teknologi enjin petrol dan diesel kepada tenaga elektrik. Dan pemain baharu dalam industri juga turut mengambil kesempatan untuk turut serta.

Fisker Inc. merupakan pembuat EV yang berasal dari Amerika Syarikat dan diasaskan oleh Henrik Fisker turut mahu ikut serta dalam industri automotif. Dan kini mereka memperkenalkan sebuah SUV elektrik serba baharu, Fisker Ocean.

Jelas sekali rupa luaran Fisker Ocean ini kelihatan cukup moden dan bergaya dan selari dengan imej sebuah EV masa kini. Paling penting, Fisker Ocean ini merupakan sebuah SUV, pilihan anak muda masa kini yang inginkan gaya hidup sebuah kenderaan. Menggunakan lampu utama LED yang halus serta DRL yang melintang nipis membuatkan ianya kelihatan cukup elegan. Cuma rekaan gril telah diposisikan di bahagian bawah bampar. Oh ya, tahukah anda semua bahawa Fisker Ocean ini telah direka sendiri oleh Henrik Fisker, merangkap CEO syarikat beliau sendiri. Handal.

Secara standard, Fisker Ocean ini dibekalkan dengan rim berdiameter 20 inci, manakala rim berdiameter 22 inci sebagai pilihan kepada pengguna. Nampak macam besar, tapi ianya masih kelihatan sempurna untuk Fisker Ocean ini.

SUV yang mampu memuatkan lima penumpang dengan selesa ini mempunyai ruangan kabin yang cukup luas dan selesa. Apatah lagi ruangan kargo yang sememangnya agak luas. Setakat nak membawa binatang peliharaan dan juga papan surf juga tiada masalah.

Di bahagian pemandu, ruangan kokpit kelihatan cukup minimalis tanpa ada butang – butang canggih yang mungkin serabut dipandangan mata. Tapi paling menyerlah sudah tentu skrin sesentuh bersaiz 17.1 inci di bahagian konsol tengah. Paling menarik apabila skrin tersebut boleh diubah posisinya daripada menegak kepada melintang. Baru sedap sikit nak movie dalam perjalanan.

Menggerakkan Fisker Ocean ini adalah bergantung trenkuasa Dual Motor AWD yang turut dilengkapi dengan Kawalan Bijak Traksi. Menggunakan pek bateri lithium-ion phosphate (LFP) berupaya membawa Fisker Ocean ini sejauh 563 km untuk sekali cas penuh. Untuk jarak sejauh ini ianya dianggap cukup bagus. Setidaknya, pemilik SUV zero emisi ini tidaklah berasa risau sangat nak kena kerap mengecas.

Dan kuasa yang dibekalkan untuk EV sebegini sememangnya diketahui mempunyai tork yang lebih baik berbanding kereta biasa. Jangan hairan sekiranya SUV ini mampu memecut dari titik pegun ke angka 100 km/j dalam tempoh 3.9 saat sahaja dengan kuasa maksimum 540 HP. Memang laju betul.

Satu lagi ciri menarik yang ada ialah Park My Car yang mana, Fisker Ocean ini berupaya untuk memarkir kenderaan secara sendiri sekira pemandu beliau jenis yang kodi parkir kereta pun masih senget benget. Selain itu, model ini juga dilengkapi dengan sistem Fisker Hypersound merangkumi 16 speaker serta subwoofer 20.5L yang mampu memberikan sistem bunyi yang padu.

Dan untuk milikannya, pemilik boleh membayar semahal $68999 (RM288,933) atau pun secara pajakan yang mana cukup tempoh pulang semula kepada Fisker Inc. tanpa perlu risau kejatuhan harga terpakainya kelak.

BACA : SUBARU SOLTERRA – SUV ELEKTRIK PERTAMA DARIPADA SUBARU

BACA : ŠKODA ENYAQ COUPÉ iV vRS, SUV ELEKTRIK YANG CANTIK

Google ads

B K

Back to top button