Artikel Pilihan

FORD JUAL MOTOR ELEKTRIK DARI MUSTANG E-MARCH. HARGA MURAH DARI ENJIN CIVIC TYPE-R

Sesetengah peminat permotoran masih sayangkan kenderaan mereka dan tidak mahu bertukar kepada EV disebabkan nastolgia dengan kenderaan yang dilengkapi enjin pembakaran dalam. Tambahan pula harga sebuah EV masih lagi mahal bagi kebanyakan pembeli walaupun dengan bantuan deran dan subsidi daripada kerajaan

Menyedari peluang ini, Ford telah mengambil keputusan untuk menjual motor elektrik yang boleh digunakan untuk projek modifikasi bagi menukar kereta enjin pembakaran dalam menjadi sebuah EV. Motor elektrik yang dikenali dengan nama Eluminator ini dijual oleh Ford Performance bagi menggalakkan pemilik menukar kereta mereka menjadi sebuah EV

Ford mengesahkan motor elektrik ini adalah sama dari segi spesifikasi dengan motor elektrik yang dipasang pada Mustang Mach E-GT 2021 iaitu sebuah crossover EV prestasi tinggi. Motor elektrik ini mampu menjana sekitar 281 kuasa kuda dan 430Nm tork dan mampu beroperasi sehingga 13,800 RPM tanpa masalah

Malah motor elektrik seberat 93kg ini turut dipadankan dengan gear ratio tunggal 9.05:1. Antara perkakasan yang turut dibekalkan bersama-sama motor elektrik ini ialah sistem pendawaian ke unit inverter, unit sambungan pendawaian dan tiub pengudaraan dan semua perkakasan ini dijual pada harga Rm 16,173.

Harga ini sebenarnya lebih murah berbanding dengan harga enjin kosong K20C Honda Civic Type R yang berharga RM 28,000 ribu, enjin 5000cc V8 Mustang yang berharga RM 23,000 dan enjin 7300cc V8 Super Duty yang berharga RM 29,000. Walaupun nampak murah, bakal pembeli dinasihatkan supaya membaca spesifikasi motor elektrik ini dengan teliti

Ini kerana Eluminator tidak dibekalkan dengan unit inverter, sistem kawalan motor dan juga bateri berkuasa tinggi. Pada pandangan Ford, ini akan menyebabkan harga pakej menjadi lebih mahal. Unit motor elektrik ini amat sesuai digunakan bagi proses restorasi seperti yang dilakukan pada Ford Bronco generasi pertama yang telah dipasang dengan motor elektrik berkuasa 295 kuasa kuda, pecutan 0-100km/j dalam masa 4.7 saat

Google ads
Back to top button