Buletin

ASTON MARTIN VANTAGE LIQUID CRIMSON 2021 SUDAH TIBA. BERMULA RM851K

Aston Martin Kuala Lumpur hari ini memperkenalkan model Aston Martin Vantage dengan Liquid Crimson. Ia merupakan Vantage pertama yang hadir dengan plihan gril baharu di Malaysia. 

Pada tahun 2020, Aston Martin mengumumkan rekaan gril baharu bagi meraikan ulang tahun ke-70 Vantage. Gril Vaned yang boleh dilihat pada banyak model lagenda Aston Martin sudah itu menjadi ciri reka bentuk jenama mewah tersebut. Ia menawarkan fascia hadapan yang lebih lembut berbanding Vantage yang dilancarkan pada tahun 2018. 

Tampil dengan rekaan lima bilah, ia turut merangkumi rekaan bampar dan splitter yang menarik. Pelanggan boleh memilih di antara warna hitam atau perak untuk dipadankan dengan kemasan luaran Vantage. 

Selain gril hadapan, Aston Martin Vantage Liquid Crimson hadir dengan pilihan baharu iaitu lencana black wings dan rim snowflakes bersaiz 20 inci. Rim itu adalah 6.23kg lebih ringan berbanding rim biasa. Ciri sporty itu ditingkatkan lagi dengan perumah cermin sisi, panel bumbung, bingkai tingkap dan peresap udara belakang berwarna hitam.  

Warna luaran Liquid Crimson itu nyata menyerlahkan garis badannya yang dinamik. 

Bagi membuatkan kabinnya rasa lebih mewah, tempat duduk jentera berkenaan dibalut oleh kulit Caithness yang lembut. Ia hadir sama ada dalam satu atau dua tona merah hitam. 

Aston Martin Vantage Liquid Crimson boleh anda miliki pada harga bermula RM851,000 (tidak termasuk cukai). Ada dua unit Vantage akan tiba dalam tempoh lapan bulan lagi. 

GALERI

Google ads
Back to top button