
8 ‘ORANG KUAT’ UKRAINE TARIK KAPAL TERBANG KARGO PALING BERAT DI DUNIA
Sekumpulan lapan ‘orang kuat’ di Ukraine melakar rekod baharu negara terbabit selepas menarik pesawat kargo terbesar dan paling berat di dunia dengan hanya menggunakan tali.
Mereka yang melakar rekod berkenaan merupakan ahli bina badan menarik pesawat kargo Antonov An-225 Mriya seberat 28,499 kilogram (kg) sejauh 4.26 meter.
Kumpulan lelaki itu melakukan aksi tersebut dalam masa satu minit dan 14 saat.
Pesawat Antonov An-225 Mriya itu dibina pada tahun 1988 di Kesatuan Soviet.
Aksi itu diadakan di landasan Lapangan Terbang Hostomel di barat laut Kiev.
Kejayaan itu sempena sambutan kemerdekaan Ukraine ke-30, diisytiharkan sebagai rekod baharu di negara itu.
Menurut seorang wakil dari kumpulan itu, mereka bercadang untuk menyerahkan rakaman video aksi tersebut untuk mendapat kelulusan Rekod Dunia Guinness. – UPI