
GMC TERRAIN 2025 – SUV KOMPAK KINI TAMPIL DENGAN IMEJ LEBIH RUGGED
GMC Terrain ini barangkali merupakan sejenis SUV yang mempunyai saiz yang lebih kecil dan kompak berbanding saudaranya di atas seperti Acadia dan juga Yukon. Dan kini GMC telah memperkenalkan generasi baharu untuk model Terrain ini yang kini tampil dengan imej yang lebih bergaya dan rugged.
Kini GMC Terrain serba baharu 2025 tampil dengan imej yang lebih segar dan menarik serta dilengkapi dengan teknologi terkini berbanding model sebelumnya. Sama seperti model generasi sebelumnya, GMC Terrain terkini ini masih lagi berkongsi platform yang sama dengan model daripada Chevrolet Equinox.

Antara perubahan yang dibuat terhadap generasi baharu Terrain ini adalah lampu utama LED yang direka baharu, sama seperti saudaranya yang lebih besar si Yukon itu. Berbanding SUV yang lain mempunyai reka bentuk bulat di bahagian fender, GMC Terrain ini masih lagi mengekalkan reka bentuk fender yang bersegi untuk kelihatan lebih rugged yang turut dilengkapi kemasan body cladding tidak terlalu tebal.
Rekaan gril juga kini berinspirasikan model trak keluaran GMC sendiri bagi penampilan yang lebih gagah.
Kini kesemua varian GMC Terrain ini didatangkan dengan trenkuasa 1.5 liter dengan pengecas turbo yang mampu menghasilkan kuasa 175 HP, trenkuasa yang serupa daripada saudaranya si Equinox itu. Ianya didatangkan dengan varian pacuan roda hadapan atau pun semua roda dengan pilihan kotak gear automatic lapan kelajuan.

Cuma berbanding dengan Chevrolet Equinox, GMC Terrain ini tampil dengan beberapa kemasan yang sedikit mewah dengan menampilkan paparan skrin menegak bersaiz 15 inci lengkap dengan fungsi ketersambungan Apple Car Play dan juga Android. Juga terdapat paparan meter digital bersaiz 11 inci untuk kemudahan pemandu.

Kesemua kerusi di bahagian hadapan dan belakang turut dilengkapi dengan fungsi pemanas, begitu juga dengan stereng untuk lebih keselesaan kepada pemandu dan penumpang.
Ciri keselamatan moden juga dilengkapi seperti sistem pengawasan penunggang basikal di tepi jalan, pemantauan titik buta, amaran lalu lintas di belakang dan juga kawalan pelayaran adaptif.
BACA : GMC TERRAIN KENA RECALL, LAMPU TERANG SANGAT SULUH POKOK
BACA : GMC YUKON DENALI – INILAH DEFINISI SEBENAR SUV BERSAIZ PENUH YANG RUGGED