Buletin

GMC TERRAIN KENA RECALL, LAMPU TERANG SANGAT SULUH POKOK

General Motors terpaksa memanggil kembali kira-kira 727,000 buah SUV GMC Terrain akibat masalah lampu utama yang terlalu terang.

Dalam dokumen National Highway Traffic Safety Administration, model Terrain tahun 2010-2017 tersebut tertakluk di bawah kempen recall disebabkan oleh lampu yang terlalu terang dan mampu mengakibatkan silau kepada pengguna jalan raya yang lain.

Pada tahun 2019 GMC mengusulkan permohonan kepada agensi NTHSA untuk tidak meneruskan kempen tersebut dengan alasan ia tidak mengganggu aspek keselamatan ketika pemanduan.

Menurut GM lagi, unit lampu yang digunakan memenuhi standard piawaian industri dan mereka hanya menerima satu aduan berhubung unit lampu yang dikatakan menyuluh sehingga ke atas pokok.

Namun begitu, NHTSA menolak permohonan tersebut dengan menyatakan bahawa suluhan lampu utama model SUV tersebut adalah tiga kali lebih terang berbanding yang dibenarkan.

Sumber: AP

Google ads
Back to top button