Artikel Pilihan

GOSIP: TOYOTA AKAN HASILKAN SEMULA MR2 DENGAN BANTUAN PORSCHE

Walaupun telah dinafikan beberapa kali oleh Presiden Toyota Europe, Matt Harrison berkenaan dengan khabar angin kelahiran semula model kereta sport Toyota MR-2 tapi khabar angin muncul semula dengan beberapa laporan di laman sesawang automotif.

Dalam kenyataan rasmi Matt Harrison mengatakan proses pembuatan Toyota MR-2 bukanlah keutamaan Toyota buat masa ini semenjak MR2 dihentikan penghasilannya pada tahun 2007. Tapi menurut laman sesawang Spyder7 pembangunan bagi model baru MR2 telah diberi lampu hijau oleh pengurusan tertinggi Toyota

Spyder7 juga mendakwa rekaan luar MR2 baru akan menggunakan kereta konsep Toyita Alessandro Volta yang pernah membuat penampilan pada Geneva Autoshow 2004. Namun bagi menghasilkan kereta sport yang hanya boleh dijual dalam kuantiti terhad dan memerlukan modal besar.

Jadi untuk projek kali ini Spyder7 mendakwa Toyota akan bekerjasama dengan Porsche bagi menghasilkan MR2 yang baru. Ini bukanlah perkara baru bagi Toyota kerana mereka pernah bekerjasama dengan BMW bagi menghasilkan Supra dan juga Subaru bagi menghasilkan GR-86.

Selain daripada Porsche, Toyota juga dikatakan menemui Lotus bagi tujuan pembangunan MR2 baru. Bagi unit trenkuasa, MR2 akan menerima pilihan enjin 2.8 atau 3.0 V6 dengan motor elektrik bagi dijadikan sistem hibrid yang akan menghasilkan kuasa antara 345 – 395 kuasa kuda. Kuasa ini hampir menyamai kuasa yang dihasilkan oleh Nissan 400Z.

kalau dari segi logiknya, dakwaan ini nampak berasas kerana seperti yang kita tahu Porsche adalah salah satu pakar dalam menghasilkan kereta sport dengan konfigurasi MR (enjin tengah pacuan belakang). Namun setakat ini Toyota Motor Corporation masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkenaan pembangunan

Jadi anggaplah khabar angin masih sebagai khabar angin yang berlalu sepoi-sepoi bahasa.

Google ads
Back to top button