HARGA MINYAK RON95 LEBIH MURAH BERMULA 1 JANUARI 2019
Sejajar dengan perkembangan harga minyak mentah dunia yang menunjukkan trend penurunan, Kerajaan Malaysia akan mengumumkan harga jualan yang lebih rendah, bermula 1 Januari nanti.
Berdasarkan penetapan harga semasa mengikut kiraan bulanan, Kerajaan mengambil keputusan untuk menurunkan harga petron RON95 yang akan berkuatkuasa bermula 1 Januari nanti, mengikut kenyataan Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng seperti yang dipetik portal Malaysiakini
“Penetapan harga bulanan adalah bagus pada waktu harga minyak dunia sedang meningkat, secara tak langsung mengekang kenaikan mendadak perubahan harga, namun dalam keadaan harga dunia yang menurun, penetapan berdasarkan harga mingguan adalah lebih sesuai dan bermanfaat,” ujar beliau.
Bermula 1 Januari, penetapan harga petron 95 akan dibuat secara mingguan mengikut kaedah sebelum ini. Bagaimanapun, mekanisme ini diperbaiki dengan menetapkan harga siling di mana harga paras maksimum pada RM2.20 seliter untuk RON95 dan RM2.18 untuk diesel walaupun apa juga harga minyak mentah dunia.