Buletin
FAKTA PENJAGAAN RANGE ROVER EVOQUE Si4
Rasanya lama juga tidak menulis tentang kos penjagaan kereta ni. Maaf ye busy sikit lately. So, harini saya akan mengupas sedikit sebanyak tentang kos penjagaan sebuah kenderaan yang bernama Range Rover Evoque.
Apa itu Range Rover ? Apa beza Land Rover dan Range Rover ?
Pertama sekali, Jaguar Land Rover merupakan satu jenama. Dimana Jaguar fokus kepada pengeluaran Kereta dan Land Rover pula SUV. Jaguar Land Rover sekarang adalah anak syarikat TATA Motors. Ya saya, TATA Motors dari India. Hebat betul kuasa Automotif Asia ni. European Brand kena sapu habis. Nasib ada VW Group untuk membela nasib European Brand yang lain. Haha.
Range Rover merupakan sub-brand daripada Land Rover. Jenama Range Rover ini juga memberi fokus kepada keselesaan dan ciri-ciri premium dan mewah berbanding model-model Land Rover. Sebagai contoh, Nissan mempunyai Infiniti bagi segmen premiumnya. Toyota pula mempunyai Lexus sebagai model premiumnya.
Perbezaan ketara juga dapat dilihat dari segi rekaannya dimana model-model Range Rover lebih “curvy” berbanding dengan Land Rover yang lebih “Boxy” dan kelihatan lebih “Tough”.
Range Rover Evoque merupakan model Range Rover yang paling kecil berbanding model-model lain seperti Velar,Sport dan Vogue.
Berikut merupakan sedikit trivia tentang Range Rover Evoque
– Dilahirkan pada tahun 2011 di United Kingdom(UK)
– Mempunyai kod model iaitu L538
– Direka oleh Mr. Gerry McGovern
– Enjin Inline 4-Cylinder Turbo yang mampu menghamburkan kuasa sebanyak 237hp dan 340Nm Torque. Boleh tahan !
– Enjin dibekalkan oleh Syarikat Ford/Mazda
– Enjin yang sama turut digunakan pada Land Rover Freelander 2, Discovery Sport, Volvo S60,V60 dan V70
– Layout : Front Engine/4WD
– 6-Speed Automatic (1st batch)
– 9-Speed Automatic (2014 – Present)
– Model ini dihentikan produksinya pada tahun ini(2018) bagi memberi laluan kepada model Evoque yang baru dengan kod badan L551.
Baiklah, habis sudah bahagian trivia. Kita masuk bahagian penjagaan (dibaca : maintenance).
🛠Servis
🔧Engine Oil Service Package
Enjin ini menggunakan lebih kurang 5.6 Liter. Kelikatan minyak yang disarankan pula adalah 5W-30 Fully Synthetic. Sela masa servis yang dicadangkan pengeluar adalah setiap 16,000KM. Tapi, lebih pendek lebih baik. Kos pula adalah dalam lingkungan RM700-RM800 bergantung kepada jenama minyak.
BACA: MAZDA MPS, TYPE R!
🔧Transmission Service Package (6-Speed)
Model 1st batch menerima Sistem Transmisi 6 kelajuan dari Ford Aisin. Ianya dikenali dengan model Aisin Warner TF-81SC. Model Transmisi ini menggunakan 7 Liter ATF ketika “Dry Fill”. Filter ? Filter kat tengah. Nak tukar kena overhaul. Kos adalah dalam lingkungan RM1,900 – RM2,500. Ikut spec ye. Jangan main hentam je.
🔧Transmission Service Package (9-Speed)
Model 2014 onwards sudah menerima Sistem Transmisi 9 Kelajuan dari pihak ZF. Ianya dikenali dengan model ZF 9HP48. Model ini menggunakan lebih kurang 6.5 Liter ATF. Sama juga, filter kat tengah. Tak perlu tukar. Kos lebih kurang sama je. Dalam lingkungan RM1,900 – RM2,500.
🛠COMMON WEAR & TEAR PARTS
Kebanyakan model yang ada di pasaran kereta recon dan terpakai di negara kita Malaysia ini terdiri daripada model 1st batch. Jadi, wear & tear parts sudah habis/rosak adalah dijangka.
Baiklah, kita mulakan.
🔧Front & Rear Brake Pad
Ada yang OEM. Ada yang tulen. Nasihat saya, untuk brek, pilihlah yang tulen. Kos bagi penukaran brake pad depan adalah dalam lingkungan RM1,100 – RM1,500 manakala untuk brake pad belakang pula dalam lingkungan RM650 – RM1,050.
🔧Brake Disc/Rotor
Rotor adalah satu benda yang akan habis. Sama juga seperti brake pad, cuma jangka hayatnya lebih lama dari pad. Kos adalah dalam lingkungan RM4,500 – RM6,500 bagi keempat-empat unit brake rotor.
🔧Spark Plug
Enjin ini menpunyai 4 silinder. Jadi, 4 biji spark plug diperlukan. Kos adalah dalam lingkungan RM500 – RM700.
🔧Drive Belt
Antara komponen kritikal. Sentiasa periksa drive belt kenderaan anda. Jika sudah nampak kesan retak sila tukar dengan cepat. Kosnya dalam lingkungan RM420 – RM650
🔧Valve Cover Gasket
Biasanya “oil leak” lah pada bahagian ini. Kos adalah dalam lingkungan RM400 – RM600 berserta upah.
🔧Engine & Gearbox Mounting
Total ada 4 biji kesemuanya. Kalau enjin dah bergegar teruk tu boleh lah tukar. Double check dengan mekanik dulu. Kalau kesemuanya dah rosak, kos penukarannya dalam lingkungan RM2,300 – RM3,800.
🔧Gearbox
Hahaha. Baik 6-speed, baik 9-speed. Aduhaii. Biasanya kalau gearbox filter kat tengah ni, memang manja sikit. Tapi tengok nasib juga. Ada yang selalu kena, ada yang tak kena-kena. Takpelah, kalau kena, kos penukaran gearbox dalam lingkungan RM20,000 – RM30,000.
🔧Tayar
235/55R19
Macam biasa, pergi usha sendiri harganya.
🔧Aircond Compressor
Jangan sampai dia rosak. Kalau rosak kerugiannya boleh mencecah RM3,800 – RM5,000
🔧Radiator
Radiator boleh bocor tanpa mengira masa. Boleh jadi disebabkan impak, atau kerana sudah lama. Jika perkara ini berlaku, kos penukarannya adalah dalam lingkungan RM3,000 – RM4,000. Jangan lupa masuk coolant baru ye, bukan lama.
🔧Radiator Fan
Haa, ada dua jenis. Single Fan atau Double Fan. Cek dulu kenderaan anda. Akan tetapi, dia memang datang satu set dengan “shroud”. Jika rosak, kerugian yang akan ditanggung adalah dalam lingkungan RM2,100 – RM3,500.
🔧Coolant Spare Tank
Ada sensor dalam ni, kalau rosak sensor ni anda akan menerima amaran tentang “coolant level low”. Jika memang low, maknanya bukan sensor rosak dan disarankan buat “coolant pressure test”. Tapi kalau coolant cukup, sensor lah yang rosak. Kos penukarannya adalah dalam lingkungan RM550.
🔧Wheel Speed Sensor
Masalah ni agak common. Bukan pada Evoque sahaja, akan tetapi pada kebanyakan kenderaan sekarang. Jika rosak, kos penukarannya adalah dalam lingkungan RM560 bagi setiap unit.
🔧Parking Sensor
Ada di depan dan juga di belakang. Masalahnya, satu rosak, keseluruhan sistem tak berfungsi. Kos penukaran setiap unit Parking Sensor adalah dalam lingkungan RM400.
🔧Alternator
Boleh diserang masalah. Tak kira lah apa kereta pun. Jika charging tiada tu, memang sah lah alternator anda dah rosak. Kos penukarannya dalam lingkungan RM3,500 – RM4,500.
🔧Crankshaft Pulley
Hahahahaha. Part ni saya tulis pun tergelak. Apa punya material lah diorang ni pakai kat Crankshaft Pulley ni. Jika anda hantar kenderaan anda untuk servis, minta mekanik cek sekali keadaan Crankshaft Pulley sama ada masih ok atau sudah retak. Jika retak tukar baru. Jangan berlengah. BAHAYA ! Ia boleh tercabut/terpisah dari enjin. Kesannya, Enjin akan mati kerana alternator tidak berfungsi. Steering keras kerana tiada jaan elektrik. Brek keras kerana tiada vakum yang dihasilkan dari enjin untuk brek servo. Bayangkan mak,akak atau adik kita kena. Fuhh. Hal ini kerana Crankshaft Pulley menjana Aircond Compressor dan Alternator melalui drive belt. Oh ya, kos penukarannya dalam lingkungan RM2,400 – RM3,500. Disarankan tukar belting sekali ye bila tukar unit ini.
🔧Absorber
Haha. Dalam lingkungan RM11,000 – RM13,000 bagi keempat-empat Absorber sahaja. Tak termasuk bump stop, top mounting dan lain-lain. Huhu. Huhuhu
Kesimpulannya, kenderaan ini agak manja sedikit. Faktor iklim juga sebenarnya memainkan peranan besar selain cara penggunaan oleh Tuan punya kenderaan itu sendiri. Jadi, tepuk dada, tanya poket. Melainkan anda beli unit baru dengan jaminan. Itu memang tiada masalah. Lagi lah jenama premium. Dah habis warranty pun masih boleh appeal dengan syarat anda penilik pertama dan tak pernah skip servis di Authorised Service Centre.
Jadi, ini adalah sedikit sebanyak perkara yang aku boleh kongsikan kepada tuan tuan dan puan puan sekalian.
Nasihat saya, sebelum membeli kenderaan terpakai, buatlah dulu Pre-Purchase Inspection tak kira apa jenis kenderaan pun. Ini untuk mengelakkan tuan-tuan melaburkan lebih banyak duit kepada perkara yang tidak perlu dikemudian hari.
Jika mahukan maklumat lebih lanjut atau khidmat nasihat, boleh hubungi saya atau datang berjumpa saya sendiri dengan pengerasnya Teh O Ais ikat tepi. Saya sedia berkongsi maklumat dengan anda semua.
Sekian, Terima Kasih.
Mohamad Yazid Bin Zaidi
Technical Advisor