Buletin

BELI PETRONAS SPRINTA DAN BERPELUANG BAWA BALIK MOTOR BAHRU

Sempena meraikan ulang tahun ke-40, PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) melancarkan Peraduan PETRONAS Sprinta 40 Tahun. 

Menerusi kempen yang berjalan mulai 1 Februari hingga 30 April 2026, orang ramai berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik antaranya motosikal SYM ADXTG 400, Zontes 368G dan Yamaha Y16ZR. 

Selain itu, terdapat juga hadiah bulanan berupa Yamaha 135LC, baucar RM500 dan RM1000. 

Cara menyertai kempen ini cukup mudah, orang ramai hanya perlu membeli sebotol Petronas Sprinta (sintentik penuh atau semi-sintetik) untuk mendapatkan satu penyertaan. 

Kemudian hanya perlu imbas kod QR yang dipaparkan pada poster atau bahan promosi seterusnya melengkapkan e-borang di portal MyMesra dan muat naik resit pembelian. 

Google ads
Back to top button