
PETRONAS SPRINTA PERKENAL MINYAK ENJIN SKUTER BERPRESTASI TINGGI
Petronas Lubricants Marketing Malaysia dengan rasminya memperkenalkan PETRONAS Sprinta Scooter Extreme +Ester 5W-40 untuk pengguna skuter berprestasi tinggi ketika International Scooter Mega Gathering 4.0, baru-baru ini.
Minyak enjin sintetik penuh itu dibangunkan khas untuk pengguna skuter moden yang menekankan prestasi optimum dan perlindungan maksimum.

“Kami memahami bahawa penunggang skuter hari ini bukan sekadar mahukan pengangkutan, tetapi mahukan pengalaman tunggangan yang lancar dan berkuasa.
Dengan PETRONAS Sprinta Scooter Extreme +Ester, kami membawakan teknologi terbaik perlindungan enjin, pengurangan haba dan ini memberi keyakinan serta ketenangan di dalam setiap perjalanan” kata Zameer Zahur Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif PLMM.
Menurut PETRONAS Sprinta, minyak enjin terbaru itu menawarkan perlindungan magnetik yang berfungsi melindungi geseran enjin selain meningkatkan tahap responsif enjin ketika pecutan.

Gred 5W-40 pula memastikan aliran minyak kekal efisien dan pantas sewaktu menghidupkan enjin dalam keadaan sejuk di samping mengekalkan kecekapan pada suhu tinggi.









