Buletin

HARGA TOYOTA AVANZA SIENTA DAN RUSH KEKAL, TIADA KENAIKAN

Serentak dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Kastam Diraja Malaysia semalam, UMW Toyota hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung status kenaikan harga kereta mereka. UMWT memiliki tiga unit kenderaan yang terlibat dengan kenaikan duti eksais 65 peratus yang diwartakan awal bulan ini.

Harga jualan Toyota Avanza, Sienta dan Rush telah dinaikkan pada 10 April lalu rentetan struktur duti baru yang ditetapkan oleh Kastam. Selaras dengan pengembalian semula cukai kepada tarif 60 peratus, UMWT kini menurunkan semula harga jualan ketiga-tiga model tersebut pada harga asal.

BACA: KENAIKAN 65% ADALAH KESILAPAN TEKNIKAL

Kepada pelanggan yang membeli kereta bagi tempoh 10 hingga 12 April lepas, UMWT akan mengekalkan harga jualan sebelumnya. Untuk meklumat lanjut, anda boleh hubungi talian 1800-8-TOYOTA (869682)

 

 

Google ads
Back to top button