Buletin

CUKAI MPV 1.5 LITER KEKAL 60%, KENAIKAN ADALAH SATU KESILAPAN TEKNIKAL

Heboh awal minggu ini dengan kenaikan tiba-tiba duti eksais MPV/SUV 1500cc dari 60 peratus kepada 65 peratus. Sudah tentu, ada sesuatu yang perlu dijelaskan oleh pihak Kastam Diraja Malaysia.

Pihak Kastam menerusi Ketua Pengarahnya, Dato’ Indera Subromaniam Tholasy telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang isu ini dan memberitahu ia adalah akibat pertukaran kod tarif baru yang ditetapkan oleh World Customs Organisation (WCO).

BACA: KENAIKAN 65% DUTI EKSAIS MPV BERMULA 1 APRIL

Ia menyebabkan kesan bagi kenderaan 2WD berkapasiti enjin tidak melebihi 1,500cc di bawah dua kod tariff asal iaitu 8703.22 941 dan 8703.22 942 dan kenderaan 4WD berkapasiti enjin tidak melebihi 1,500cc di bawah dua kod tariff asal iaitu 8703.22 931 dan 8703.22 932 di mana kod tarif tersebut digabungkan menjadi dua kod tarif baharu iaitu 8703.22 9010 dan 8703.22 9090.

Jenis kenderaan yang dirangkumi di bawah kod tarif baharu tersebut merangkumi kenderaan selain daripada motokar iaitu Multi Purpose Vehicle (MPV), SUV, van dan pick-up.

Dari segi kadar asal duti eksais pula, kenderaan 2WD berkapasiti enjin tidak melebihi 1,500cc di bawah kod tarif 8703.22 941 dan 8703.22 942 ialah 60% manakala kenderaan 4WD berkapasiti enjin tidak melebihi 1,500cc di bawah kod tarif 8703.22 931 dan 8703.22 932 ialah 65%. Di bawah kod tarif baharu iaitu 8703.22 9010 dan 8703.22 9090 pula, duti eksais telah ditetapkan pada kadar 65%.

Menurut Kastam Penetapan kadar baharu adalah berdasarkan faktor-faktor berikut:

  1. Kadar 65% ini masih rendah berbanding kadar duti eksais bagi kenderaan penumpang berkapasiti enjin tidak melebihi 1,800cc ke bawah iaitu 75%;
  2. Kadar duti eksais bagi kenderaan SUV dalam kategori tidak melebihi 1,500cc yang pada asalnya 75% kini telah diselaraskan kepada 65%;
  3. Sekiranya kedua-dua kenderaan 2WD dan 4WD ditetapkan pada 60% , ia akan dilihat memberi kelebihan kepada kenderaan 4WD serta SUV yang akan mengalami penurunan duti eksais
  4. Penetapan kadar duti eksais yang baharu pada 65% tidak bertujuan untuk meningkatkan hasil tetapi lebih kepada pemakaian kadar pertengahan di antara 60% hingga 75%.

Secara asasnya penetapan kadar duti eksais baharu juga didapati telah memberi impak ke atas kenderaan CBU import berbanding kenderaan pemasangan tempatan (CKD). Mengambilkira kedudukan permintaan rakyat untuk kenderaan CBU import pada masa ini adalah masih tinggi, Kerajaan bersetuju untuk menyelaraskan semula kadar duti eksais bagi kenderaan dibawah kod tarif 8703.22 9010 dan 8703.22 9090 kepada 60% berkuatkuasa serta merta.

Dalam tempoh peralihan sementara pindaan yang akan diwartakan dan berkuatkuasa mulai 13 April 2017, langkah untuk memberi pengecualian duti eksais yang melebihi 60% akan diberikan bagi kenderaan- kenderaan yang terlibat.

 

 

Google ads
Back to top button