Dua pelumba tuan rumah, Decha Kraisart dan rakan sepasukan, Chalermpol Polaimai menguasai sesi latihan bebas SuperSports 600cc pada hari pertama saingan Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hari ini.
Pelumba Yamaha Thailand Racing itu menggunakan kelebihan beraksi di halaman sendiri untuk mendahului lain-lain pelumba dengan Decha yang meraih podium sewaktu saingan Kejuaraan SuperSports Dunia di litar ini mencatat masa terpantas, 1’39.583s diikuti Chalermpol dengan masa 1’39.700s.BACA: AKID HARAPAN YAMAHA MOTOR DI BURIRAM
Dua pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda Racing) dan Azlan Shah Kamaruzaman (Manual Tech Kawasaki Racing) memberikan cabaran apabila mengekori di belakang dengan catatan terbaik Zaqhwan, 1’40.059s manakala Azlan dengan masa 1’40.412s.
“Keadaan jentera pada hari ini tidak begitu baik jika dibandingkan dengan perlumbaan pusingan terakhir pada tahun lepas. Namun saya akan menggunakan tayar baharu pada sesi kelayakan esok saya yakin dapat mencatat masa lebih baik dan memulakan perlumbaan akhir dari petak hadapan,” jelas Decha.
Bagi Zaqhwan, “Secara keseluruhan saya agak berpuas hati dengan sesi latihan bebas hari ini setelah mengalami sedikit masalah jentera sewaktu sesi latihan bebas pertama. Pasukan dapat mengatasi masalah yang kami hadapi dan membantu saya untuk mencatat masa lebih baik.”
Tambahnya, “JIka dibandingkan dengan tahun lepas, masa saya tidak jauh ketinggalan berbanding Decha dan Chalermpol. Keadaan jentera masih belum berada pada tahap 100 peratus terbaik kerana kami bertukar kepada sistem saspensi Showa pada tahun ini dan masih tidak mempunyai data yang secukupnya. Saya berharap semuanya akan lebih baik pada sesi kelayakan esok.”
Sementara itu, juara berganda kategori Asia Production (AP250) sewaktu pusingan pertama di Malaysia, Gerry Salim (Astra Honda Racing) terus membuktikan kehebatan apabila mencatat masa terpantas dengan masa 1’54.137s diikuti Takehiro Yamamoto (Sidrap Honda Ikazuchi Racing) dengan masa 1’54.365s dan Anupab Sarmoon (Yamaha Thailand Racing), 1’55.150s.
Dalam sesi kelayakan bagi kategori Underbone 150cc, Md Helmi Azman (Onexox TKKR Racing) muncul pelumba terpantas dengan masa 2’05.845s diikuti Fakhrusy Syakirin Rostam (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team), 2’06.198s dan Tengku Amirul Haffirudin (RCB Kage Motobatt Yamaha YY Pang Racing), 2’06.232s. Kedudukan petak mula pelumba akan ditentukan melalui sesi Superpole yang akan berlangsung esok.
Keputusan sesi latihan bebas dan kelayakan
Latihan Bebas
SuperSports 600cc
1. Decha Kraisart (THA) Yamaha 1’39.583s
2. Chalermpol Polaimai (THA) Yamaha 1’39.700s
2. Chalermpol Polaimai (THA) Yamaha 1’39.700s
3. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 1’39.937s
4. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Kawasaki 1’40.223s
5. Ahmad Yudhistira (INA) Kawasaki 1’40.322s
Asia Production 250cc
1. Gerry Salim (INA) Honda 1’54.137s
2. Takehiro Yamamoto (JPN) Honda 1’54.365s
3. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha 1’55.150s
4. Rheza Danica Ahrens (INA) Honda 1’55.288s
5. Vorapong Malahuan (THA) Honda 1’55.776s
Sesi Kelayakan
Underbone 150cc
1. Md Helmi Azman (MAS) Yamaha 2’05.845s
2. Fakhrusy Syakirin Rostam (MAS) Honda 2’06.198s
3. Tengku Amirul Haffirudin (MAS) Yamaha 2’06.232s
4. Md Izzat Zaidi Salehan (MAS) Yamaha 2’06.237s
5. Norizman Ismail (MAS) Yamaha 2’06.260s