Buletin

HONDA BR-V CATAT TEMPAHAN 4,000 UNIT – HANYA SELEPAS 3 MINGGU DILANCARKAN

 

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa model crossover terbaharunya, BR-V telah menerima 4,000 tempahan hanya selepas tiga minggu dilancarkan di Malaysia.

Jumlah tempahan itu nyata melepasi sasaran jualan bulanan iaitu 800 unit. Sebaliknya ia adalah jumlah jualan terkumpul untuk lima bulan.

Biarpun tempahan itu sudah melepasi sasaran, Honda Malaysia memberi jaminan bahawa tempoh penghantaran BR-V kekal di antara satu hingga dua bulan. Ini kerana Honda Malaysia berupaya mengubah suai jadual pengeluaran berdasarkan kepada permintaan di kilangnya yang kini bekerja dalam dua syif. Varian V terus menjadi pilihan dengan mewakili 83 peratus jumlah tempahan dan baki 17 peratus lagi ialah varian E.

BACA: HONDA BR-V – CROSSOVER YG WAJIB ANDA TUNGGU

Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, BR-V merupakan produk pertama Honda R&D Pasific Co. Ltd. (HRAP) yang dilancarkan di Malaysia. BR-V mendapat sambutan memberangsangkan kerana ia menggabungkan reka bentuk sebuah SUV yang bergaya dengan praktikaliti sebuah MPV tujuh tempat duduk.

Lebih menarik lagi, BR-V ditawarkan pada harga yang sangat kompetitif. RM85,800 untuk varian E dan RM92,800 bagi varian V (di atas jalan termasuk insurans).

Sebagai menghargai sokongan pengguna dan berkongsi kegembiraan atas pencapaian ini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi telah menjalankan satu projek khas dengan melukis sendiri kad BR-V untuk dihantar kepada para pelanggan sempena sambutan Tahun Baru Cina 2017.

Untuk maklumat lanjut atau menempah slot pandu uji BR-V, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana 88 buah bilik pameran Honda di seluruh negara, hubungi talian 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button