Artikel Pilihan

HONDA BRV 2022, APA CIRI BARU YANG TELAH DIPERKENALKAN?

Walaupun Honda BRV 2022 telah dilancarkan secara rasmi oleh Honda Indonesia beberapa hari lepas, namun laman sesawang Honda Indonesia masih tidak mendedahkan harga rasmi, ciri-ciri rekaan dalaman dan juga spesifikasi lengkap berkenaan dengan model ini.

Laman sesawang Honda Indonesia hanya memaparkan ciri-ciri keselamatan Honda Sensing yang bakal dipasang pada Honda BRV 2022 yang merangkumi Road Departure Mitigation System, Adaptive Cruise Control, Auto High Beam, Collision Mitigation Braking System (dengan ciri pejalan kaki), Lane Keeping Assist Sytem, dan juga Lead Car Departure Notification.

Namun kita bernasib baik kerana terdapat beberapa vido yang telah dimuat naik di Youtube yang menerangkan secara terperinci berkenaan Honda BRV 2022 ini. Antara maklumat yang kita berjaya kutip ialah:

1. Panjang keseluruhan BRV telah bertambah sebanyak 34mm, jarak antara roda bertambah 38mm, tinggi BRV bertambah 19mm dan lebarnya menjadi 48mm. Jika kita mengambil model BRV yang lama sebagai asas ukuran, BRV 2022 ini telah membesar menjadi 4575mm panjang, lebar 1738mm, tinggi 1696mm dan jarak antara roda menjadi 2700mm.

Perlu diingatkan bahawa Honda di Jepun telah lama bersaing dengan Suzuki dan Daihatsu dalam segmen kei-car dan semua kelebihan angka yang berjaya dicapai akan diterjemah kepada ruang dalaman kabin yang lebih besar dan selesa.

2. Rekaan papan pemuka diambil daripada Honda Amaze yang dipasarkan di India. Pada pendapat kami, ia adalah tolak ansur yang perlu memandangkan jurutera Honda perlu menghasilkan ruang dalaman yang maksima dari sebuah kereta kecil untuk memuatkan 7 penumpang dengan selesa

3. Sama seperti yang kami jangka, susun atur tempat duduk ialah 2+3+2 dengan tempat duduk barisan kedua boleh dilipat menjadi 60:40. Tempat duduk barisan kedua dan ketiga boleh dilipat dengan ciri “1 touch tumble” dimana semua kusyen akan jatuh bagi menghasilkan satu permukaan rata.

4. Antara ciri baru yang diperkenalkan oleh Honda pada model BRV ialah ciri perehat tangan pada barisan tempat duduk pertama dan juga kedua. Tempat menyandar kusyen barisan ketiga masih boleh diubah bagi memberikan posisi kedudukan yang selesa bagi penumpang dengan ketinggian sehingga 1.7 meter dengan baik. Barisan kedua boleh dianjak kedepan dan kebelakang bagi memudahkan penumpang keluar masuk.

5. Walaupun tidak dinyatakan dengan terperinci, namun kami yakin saiz ruang kargo adalah lebih besar daripada BRV lama yang hanya mampu memuatkan sekitar 223 liter sahaja. Ini kerana ruang ini boleh dibesarkan dengan mengalihkan penutup lantai yang memberikan ciri “flat floor”. Mungkin mencapai sehingga 300 liter.

6. Saiz tayar telah diperbesarkan dengan penggunaan tayar dan rim bersaiz 215 55 R17 dengan tayar kecemasan bersaiz penuh disimpan di bahagian bawah lantai. Kit penukar tayar disimpan dibahagian sisi ruang kargo, lebih bagus daripada pilihan tyre repair kit dalam model Honda yang lain.

7. Lampu depan BRV 2022 beralih kepada teknologi LED dengan barisan bawah LED bertindak sebagai low beam manakala LED barisan atas khas untuk high beam. Lampu kabus juga turut menggunakan teknologi LED. Lampu ini akan datang dengan suis automatik serta ciri Follow Me Home

8. Terdapat satu kamera telah dipasang pada bahagian cermin sisi di sebelah kiri yang bertindak memberikan suapan video bagi ciri Honda Lane Watch. Ciri lain seperti Vehicle Stabiliti Assist, 6 beg udara, dan brek ABS disediakan secara standard walaupun bagi varian paling asas. Namun ia masih tidak menyediakan ciri kamera 360 darjah sebaliknya menggunakan ciri kamera undur dan 4 sensor sahaja

9. Penyaman udara menggunakan suis yang diambil daripada model Honda Amaze dengan butang fizikal yang boleh ditekan serta ciri Auto. Terdapat 3 corong penyaman udara di bahagian atas bumbung yang akan menyedut udara sejuk dari depan untuk dihantar ke barisan kedua dan juga barisan ketiga.

10. Di bawah suis penyaman udara, terdapat suis USB untuk mengecas telefon, sambungan unit multimedia dengan telefon melalui Android Auto/Apple Car Play, soket kuasa 12 volt, dan juga 2 tempat meletak minuman. Tempat meleatk minuman disediakan juga pada poket pintu depan, poket pintu belakang dan 2 tempat meletak minuman di barisan belakang bersama-sama dengan satu soket kuasa 12 volt

11. Antara ciri lain yang dipasang termasuklah butang tekan penghidup, enjin boleh dihidupkan dengan menggunakan alat kawalan jauh, walk-away-autolock, dan juga keyless entry.

12. Berbeza dengan pesaingnya yang lainyang menggunakan sistem 2 kamera dan juga satu radar bagi mengoperasikan ciri Honda Sensing, Honda BRV 2022 hanya menggunakan sistem satu kamera sahaja tanpa radar.

Apa yang menjadi tandatanya ialah berapakah harga Honda BRV 2022 dan bilakah ia akan dilancarkan nanti di Malaysia. Apabila dilancarkan nanti, sekiranya harga BRV kekal kompetitif maka ia akan menjadi SUV/crossover 7 tempat duduk dengan enjin paling berkuasa iaitu pada 119 kuasa kuda dan 145 Nm tork

Google ads
Back to top button