Artikel Pilihan

SEGALANYA TENTANG SISTEM TRANSMISI 9G-TRONIC DARI MERCEDES BENZ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sistem Transmisi 9G-Tronic merupakan sebuah kotak gear automatik yang mempunyai 9-kelajuan. Sebenarnya, sistem transmisi ini sudah lama berada di pasaran dimana kali pertama ia diaplikasikan pada model W212 E350 blueTEC pada tahun 2013. Selepas dari itu barulah barisan model Mercedes Benz yang lain menerima sistem transmisi ini.

Kotak gear ini merupakan kotak gear automatik konvensional. Antara komponen utama di dalam kotak gear automatik konvensional adalah komponen yang dipanggil “Hydrodynamic Torque Converter” atau lebih mudah dikenali dengan “Torque Converter”. Unit “Torque Converter” pada kotak gear 9G-Tronic ini telah direka semula dan ditambah baik oleh jurutera Mercedes Benz bagi meningkatkan kecekapannya.

Kecekapan unit “Torque Converter” pada kotak gear ini berada pada kadar 92%. Sebagai perbandingan, kecekapan unit “Torque Converter” pada kotak gear generasi terdahulu iaitu 7G-Tronic berada pada kadar 85% sahaja. Dengan peratusan kecekapan yang bertambah, daya kilas yang dihasilkan oleh enjin dapat disalurkan dengan sempurna sekaligus memberikan kadar penggunaan bahanapi yang optimum.

Kehilangan daya kilas disebabkan penggunaan kotak gear automatik adalah biasa. Namun dengan rekaan unit “Torque Converter” yang baru pada kotak gear 9G-Tronic ini, ia dapat diminimumkan. Masih lagi di dalam topik “Torque Converter”, komponen ini juga dilengkapi dengan komponen dalaman yang dikenali sebagai “Twin Turbine Torsion Damper with Centrifugal Pendulum”.

Apa benda ni? Secara asasnya, sekiranya putaran enjin rendah, unit “Torque Converter” juga akan berputar pada kelajuan rendah. Hal ini akan mengakibatkan gegaran dan akan mengorbankan aspek keselesaan. Ia akan stabil apabila berada pada kelajuan tinggi. Perkara ini menimbulkan konflik dimana faktor keselesaan dan kecekapan penggunaan bahanapi tidak dapat dicapai pada masa serentak.

Unit “Twin Turbine Torsion Damper with Centrifugal Pendulum” merupakan penyelesaiannya apabila titik graviti sentiasa berubah seiring dengan putaran enjin. Oleh yang demikian, walaupun putaran enjin rendah, gegaran tidak akan terasa sekaligus memberikan aspek keselesaan dan kecekapan penggunaan bahanapi dalam masa serentak. Sekarang kita pergi pada gear .

Jurutera Mercedes Benz menggunakan analisis berkomputer bagi menjayakan projek 9ag-Tronic ini. Kotak gear ini dilengkapi dengan “Four Planetery Gear Sets & Six Shift Elements”. Penggunaan 4 unit “Planetery Gear Sets” diperlukan bagi mencapai objektif dimana kotak gear ini mampu menyalurkan daya kilas sehingga 1000Nm !. Nisbah gear pula ditentukan dengan jumlah gigi gear pada gear pacuan dan gear pindahan.

Ianya bergantung kepada mana satu gear yang disambungkan, dihalang atau dipisahkan antara satu sama lain. Secara kesuluruhannya, purata nisbah atau “Ratio Spread” berada pada kadar 9.15. Tak faham ? Tak mengapa. Saya permudahkan. Nisbah gear ditentukan oleh gigi gear yang ada pada “Planetary Gear”. Seterusnya, kotak gear 9G-Tronic ini pula mempunyai banyak versi dimana setiap versi kotak gear mempunyai nisbah gear yang berlainan sesuai dengan enjin serta model jentera yang digunakan.

Rekaan kotak gear ini pula membolehkan ia menyalurkan daya kilas maksimum sehingga 1000Nm. Kadar penukaran gear pula ditala supaya lebih cepat sekaligus memberikan kecekapan penggunaan bahanapi serta pengalaman pemanduan yang lancar. Seterusnya, kotak gear ini dilengkapi dengan 2 unit pam. Satu pam mekanikal dan satu lagi pam elektronik.

Kenapa memerlukan 2 pam? Hal ini kerana ia membolehkan kotak gear ini berintegrasi dengan sistem “Auto Start/Stop” dan juga model “Hybrid”. Pam mekanikal bergantung kepada putaran enjin untuk beroperasi. Ketika enjin berhenti berputar, pam tidak dapat menyalurkan tekanan di dalam kotak gear. Enjin akan berhenti berputar ketika fungsi “Auto Start/Stop” diaktifkan. Oleh itu, disini pam elektrik memainkan peranan bagi memberikan tekanan hidraulik di dalam kotak gear.

Perlu diingat, tekanan hidraulik adalah segala-galanya di dalam operasi kotak gear automatik. Akhir sekali adalah berat keseluruhan kotak gear ini. Walaupun dengan binaan yang kompleks, ia sebenarnya lebih ringan berbanding kotak gear generasi terdahulu iaitu 7G-Tronic. Hal ini dapat dicapai dengan penggunaan material “Alumunium Alloy” bersama “Plastic Oil Pan”. Nampak murah je pakai plastik, namun ia memberikan kesan signifikan kepada penjimatan berat keseluruhan kotak gear ini.

Sehingga disini, dapat dirumuskan bahawa kotak gear 9G-Tronic ini memang mendahului zaman. Ia mempunyai gear yang banyak dan membolehkan kenderaan bergerak pada kelajuan tinggi ketika RPM rendah. Sekaligus menjimatkan penggunaan bahanapi. Rekaan unit “Torque Converter” yang maju juga meminimumkan kehilangan kuasa dan mampu mengekstrak kuasa yang maksimum dihasilkan oleh enjin. Penukaran gear juga berlaku begitu cepat memberikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan.

Paling penting, ianya ringan! Anda ingat Mercedes Benz sahaja yang menggunakan kotak gear 9G-Tronic ini ? Tidak Tuan-Tuan. Kotak gear ini turut digunakan oleh kenderaan berikut :–2020 Nissan Titan- 2020 Nissan Frontier- 2020 Nissan Armada- 2022 Nissan 400Z- 2022 Infiniti QX80- 2021 Aston Martin DBX. Kesemua jentera ini menggunakan kotak gear 9G-Tronic yang dibina oleh JATCO yang diberi lesen oleh pihak Daimler AG (pemilik Mercedes Benz). Kalau dah kompleks macam ni, susah ke hendak menjaganya ?Sebenarnya tak susah pun Tuan-Tuan. Yang penting anda kena jumpa orang dan bengkel yang betul.

Google ads
Back to top button