Buletin

HONDA CR-V CATAT JUALAN LEBIH 5,000 UNIT DALAM MASA 2 BULAN!

Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya sudah menerima lebih 5,000 unit tempahan untuk model SUV popular keluarannya, Honda CR-V setakat September 2017.

Daripada jumlah tersebut, 75 peratus tempahan melibatkan varian 1.5 liter turbo. Manakala baki 25 peratus lagi ialah varian dengan enjin 2.0 lter.

CR-V generasi kelima dilancarkan secara rasmi pada Julai lalu dengan empat varian iaitu:

  • 5L Turbocharged Premium 2WD – RM167,700
  • 5L Turbocharged 2WD – RM161,600
  • 5L Turbocharged 4WD – RM155,700
  • 0L 2WD – RM142,400

Honda Malaysia sebelum ini menetapkan sasaran jualan sebanyak 700 unit sebulan. Sehingga kini, lebih 3.080 unit sudah diserahkan kepada pelanggan. Jika anda sudah membuat tempahan, tempoh menunggu adalah sekitar satu hingga dua bulan.

CR-V menjadi model kedua selepas Honda Civic yang menerima rangkaian enjin turbo baharu V-TEC bersesaran 1.5 liter. Varian lain ialah enjin 2.0 liter N/A. Kedua-dua enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT.

Selain enjin turbo, ciri penting yang lain ialah rangkaian sistem keselamatan Honda SENSING. Berfungsi menjadikan pemanduan lebih selamat, Honda SENSING menawarkan tiga kategori sistem keselamatan yang terdiri daripada 7 ciri seperti :

a) Driver Cruising Aid

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Low-Speed Follow (LSF)

b) Frontal Collision Deterrence

  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)

c) Side Collision Deterrence

  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
Google ads
Back to top button