" "
Buletin

HONDA INTEGRA ‘ANNIVERSARY SPECIAL LIMITED EDITION’ DILANCARKAN DI CHINA – HARGA BERMULA RM84K

Honda baru-baru ini telah melancarkan Integra “Anniversary Special Limited Edition” di pasaran China dengan rekaan livery yang diilhamkan daripada kereta lumba.

Ciri paling menonjol pada bahagian luarannya ialah pelekat “Limited Edition” berwarna merah dan hitam pada pintu, jalur merah pada pintu, hud, bumbung, serta penutup cermin sisi.

Walaupun livery baharu ini mencuri tumpuan, rim dan rekaan badan masih mengekalkan ciri-ciri daripada model Integra standard.

Walaupun Honda memilih untuk tidak menggunakan kit badan Mugen, ramai berpendapat bahawa ia akan menjadi penambahan yang sempurna untuk edisi khas ini.

Di bahagian dalaman, tema warna merah dan hitam diteruskan dengan sisipan yang sepadan pada papan pemuka dan pintu.

Kelengkapan standard lain termasuklah sistem audio Bose 12-pembesar suara selain, pemilik juga akan menerima aksesori berjenama Integra seperti bagasi, beg galas bergaya, serta botol air.

Honda Integra “Anniversary Special Limited Edition” ditawarkan dengan dua pilihan enjin – enjin turbo 1.5-liter VTEC berkuasa 180hp, atau enjin hibrid 2.0-liter e:HEV yang lebih cekap dan boleh mengecas sendiri.

Honda Integra Anniversary Special Limited Edition kini sudah boleh ditempah di China.

GAC-Honda menyatakan bahawa ia akan tersedia dalam bilangan terhad, dengan pakej penggayaan istimewa hanya AS$233 (RM1,070) untuk model yang dijual bermula antara AS$17,919-25,781 (RM82,347 – RM118,477).

Google ads
Back to top button