
HONDA VEZEL (HR-V) NAIK HARGA DI JEPUN! TAWAR CIRI BAHARU
Honda telah melancarkan Vezel versi penambahbaikan di Jepun bermula 3 Oktober 2025.
Model SUV kompak yang turut dikenali sebagai HR-V menerima semakan harga baharu akibat kenaikan kos bahan mentah dan logistik global.
Selain itu, Honda turut mempertingkatkan ciri praktikal dengan menambah paparan Honda CONNECT, pengecas tanpa wayar dan unit ETC2.0 sebagai pilihan pengeluar untuk beberapa varian.
Di antara semua varian, Vezel e:HEV Z PLaY Package 4WD mencatat kenaikan paling tinggi iaitu ¥143,000 (sekitar RM4,091).
Kenaikan Harga

Berikut ialah senarai harga lama, harga baharu, serta jumlah kenaikan bagi setiap varian (harga termasuk cukai pengguna 10%):
e:HEV X (FF)
- Sebelum: ¥2,888,600 (RM82,586)
- Selepas: ¥2,998,600 (RM85,326)
- Kenaikan: ¥110,000 (RM2,740)
e:HEV X (4WD)
- Sebelum: ¥3,108,600 (RM88,865)
- Selepas: ¥3,218,600 (RM91,605)
- Kenaikan: ¥110,000 (RM2,740)
e:HEV X HuNT Package (FF)
- Sebelum: ¥2,998,600 (RM85,326)
- Selepas: ¥3,108,600 (RM88,066)
- Kenaikan: ¥110,000 (RM2,740)
e:HEV X HuNT Package (4WD)
- Sebelum: ¥3,218,600 (RM91,605)
- Selepas: ¥3,328,600 (RM94,345)
- Kenaikan: ¥110,000 (RM2,740)
e:HEV Z (FF)
- Sebelum: ¥3,198,800 (RM91,367)
- Selepas: ¥3,268,100 (RM93,385)
- Kenaikan: ¥69,300 (RM1,981)
e:HEV Z (4WD)
- Sebelum: ¥3,418,800 (RM97,646)
- Selepas: ¥3,488,100 (RM99,664)
- Kenaikan: ¥69,300 (RM1,981)
e:HEV Z PLaY Package (FF)
- Sebelum: ¥3,556,300 (RM101,509)
- Selepas: ¥3,699,300 (RM105,600)
- Kenaikan: ¥143,000 (RM4,091)
e:HEV Z PLaY Package (4WD)
- Sebelum: ¥3,776,300 (RM107,788)
- Selepas: ¥3,919,300 (RM111,879)
- Kenaikan: ¥143,000 (RM4,091)
G (4WD)
- Sebelum: ¥2,648,800 (RM75,642)
- Selepas: ¥2,758,800 (RM78,383)
- Kenaikan: ¥110,000 (RM2,740)

Perubahan Baharu
Selain daripada pelarasan harga, Honda turut menawarkan beberapa kelengkapan moden bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Vezel G, e:HEV X dan e:HEV X HuNT Package kini boleh dilengkapi dengan paparan Honda CONNECT, pengecas tanpa wayar serta unit ETC2.0 terbina dalam sebagai pilihan pengeluar.
Rangkaian Kuasa
Honda menawarkan dua pilihan sistem kuasa untuk Vezel iaitu hibrid e:HEV dengan enjin 1.5L i-VTEC kitaran Atkinson dan motor elektrik utama, serta enjin petrol 1.5L i-VTEC konvensional.

Vezel e:HEV
Sistem hibrid ini menggunakan enjin 1.5L DOHC i-VTEC kitaran Atkinson yang dipadankan bersama motor elektrik utama.
Enjin berfungsi terutamanya sebagai penjana kuasa, namun ia juga boleh menggerakkan roda secara langsung pada kelajuan tinggi.
Motor hadapan menjadi sumber utama pemanduan harian dengan kuasa 131 ps dan tork 253Nm, manakala enjin menyumbang 106 ps dan 127Nm.
Sistem ini dipadankan bersama transmisi e-CVT dan ditawarkan dengan pilihan pacuan 2WD atau 4WD.

Vezel G 1.5L petrol
Varian ini digerakkan enjin petrol 1.5L DOHC i-VTEC yang menghasilkan 118 ps dan 142Nm, dipadankan transmisi CVT automatik dengan (penukar tork) torque converter serta pedal gear.
Pilihan ini sesuai untuk mereka yang mahukan karakter ringkas dengan kos penyelenggaraan lebih rendah.
Dengan kombinasi ini, Vezel memberi fleksibiliti kepada pelanggan sama ada kecekapan bahan api tinggi sehingga 26.2 km/L menerusi e:HEV, atau memilih kesederhanaan enjin petrol biasa pada varian G.
Spesifikasi Utama

- Dimensi: 4,340 × 1,790 × 1,590 mm
- Jarak roda: 2,610 mm
- Jarak kelegaan tanah: 185 mm (FF) / 170 mm (4WD)
- Berat kenderaan: 1,350–1,480 kg (bergantung varian)
- Tangki bahan api: 40 liter
- Saiz tayar: 215/60R16 95H
Rangkaian kuasa:
Varian G
- Enjin 1.5L DOHC i-VTEC (NA)
- Output: 118 ps, 142Nm
- Transmisi CVT automatik dengan penukar tork + pedal gear
- Pilihan pacuan: 2WD / 4WD
Varian e:HEV (X, X HuNT, Z, Z Play)

- Sistem hibrid i-MMD (Intelligent Multi-Mode Drive)
- Enjin 1.5L DOHC i-VTEC kitaran Atkinson
- Output: 106 ps, 127Nm
- Motor elektrik utama
- Output: 131 ps, 253Nm
- Kuasa sistem keseluruhan: 131 ps
- Transmisi e-CVT (electric continuously variable transmission)
- Pilihan pacuan: 2WD / 4WD
- Penggunaan bahan api (WLTC):
- e:HEV FF: sehingga 26.2 km/L
- e:HEV 4WD: sekitar 23.0 km/L
- G 4WD: 15.1 km/L

















