Buletin

HONDA ACCESS PERKENAL LAMPU KABUS 2 DALAM 1, TAK PERLU PILIH PUTIH ATAU KUNING ASING

Honda Access Co., Ltd. kini menawarkan aksesori tulen baharu, Lampu Kabus LED Dua-Warna, yang membolehkan pemandu menukar pencahayaan antara warna putih dan kuning.

Produk 2 dalam 1 ini dibangunkan untuk kenderaan Honda terpilih dan mula dijual di pusat pengedar Honda di seluruh Jepun bermula 19 September.

Lampu kabus dua-warna ini mempunyai kuasa 6W bagi setiap sisi dan tersedia dalam set kiri dan kanan. Pilihan warna pencahayaannya adalah putih (suhu warna: 6,500K) dan kuning (suhu warna: 2,900K).

Sebelum ini, Honda hanya menyediakan pilihan lampu kabus LED yang berasingan, iaitu Lampu Kabus LED Putih dan Lampu Kabus LED Kuning.

Kini, dengan model dua-warna pemandu boleh menukar di antara kedua-dua warna tersebut bergantung kepada keadaan pemanduan.

Cahaya putih memberikan penampilan yang bergaya dan serasi dengan lampu hadapan kenderaan.

Warna kuning pula menawarkan penglihatan yang lebih baik ketika memandu dalam keadaan berkabus tebal atau bersalji.

Lampu ini direka dengan kanta luar jernih dan bingkai dalaman berwarna hitam agar harmoni dengan reka bentuk luaran kenderaan.

Lampu Kabus LED Dua-Warna boleh dipasang pada kenderaan Honda yang bersesuaian, sama ada semasa pembelian baharu, sedia ada atau kenderaan terpakai.

Bagi pemilik kenderaan Honda yang sudah memasang Lampu Kabus LED Putih atau Kuning, mereka boleh menukar unit lampu sedia ada kepada model terbaru ini.

Pendakap pemasangan dan garnish asal boleh digunakan semula dan menjimatkan kos.

Disebalik penawaran ini, Lampu Kabus LED Dua-Warna tidak boleh dipasang  pada sesetengah model di antaranya Freed Air dengan bampar aero.

Penawaran model-model yang bersesuaian akan ditambah pada masa depan.

Harga Jualan (Tidak termasuk pemasangan)

  • Lampu kabus: 49,500 yen (RM 1,409)
  • N-Box (Oktober 2023 dan ke atas):
    • Pendakap pemasangan: 11,000 yen (RM 313)
    • Garnish lampu kabus Platinum White Pearl: 17,600 yen (RM 501)
    • Garnish lampu kabus Crystal Black Pearl: 15,400 yen (RM 438)
    • Garnish lampu kabus N-Box Custom (krom): 15,400 yen (RM 438)
  • N-Box Joy (September 2024 dan ke atas):
    • Pendakap pemasangan (dengan garnish): 24,200 yen (RM 688)
  • Fit RS (Oktober 2022 dan ke atas):
    • Garnish lampu kabus RS: 16,500 yen (RM 469)
  • Freed Air (Jun 2024 dan ke atas):
    • Pendakap pemasangan: 16,500 yen (RM 469)
    • Garnish lampu kabus: 16,500 yen (RM 469)
  • Civic (September 2024 dan ke atas):
    • Pendakap pemasangan: 29,700 yen (RM 845)
    • Kit suis: 3,300 yen (RM 94)
  • ZR-V (April 2023 dan ke atas):
    • Garnish lampu kabus: 29,700 yen (RM 845)
Google ads
Back to top button