Buletin

HYUNDAI BAYON 2025 – SUV KOMPAK UNTUK ANAK MUDA DI EROPAH

Hyundai Motor Corporation tampaknya telah memperkenalkan varian terkini 2025 untuk model SUV kompak mereka, Hyundai Bayon yang dikhususkan untuk pasaran Eropah.

Untuk rekod, Hyundai Bayon ini merupakan SUV / Crossover kompak yang diposisikan untuk berada di bawah satu lagi SUV mereka, Hyundai Kona. Hyundai Bayon ini mula diperkenalkan kepada umum Mac 2021 yang sememangnya hanya ditawarkan di benua Eropah dengan kilang pemasangannya terletak di Izmit, Turkiye.

Dan untuk rekod, nama Bayon ini dipilih bersempena dengan sebuah nama bandar di Perancis, Bayonne yang bersempadanan dengan negara Sepanyol.

Rekaan Hyundai Bayon ini mempunyai reka bentuk yang tajam dan tersendiri untuk sebuah model SUV untuk menarik minat anak muda di Eropah. Set bar lampu LED DRL hadapan telah disepadukan untuk mencipta tanda pengenalan cahaya berbentuk Horizon tanpa sempadan. Bentuk dan corak bampar hadapan, serta gril radiator, telah dipertingkatkan untuk mencipta penampilan yang lebih berani dan sedikit rugged.

Rekaan bampar di bahagian belakang turut direka baru untuk memberikan sedikit kesegaran terhadap rupa Hyundai Bayon ini dari sudut pandangan belakang. Dan perubahan terhadap rekaan rim turut diberikan dengan rekaan baharu serta pilihan rim bersaiz 16 inci atau pun 17 inci untuk dipilih.

Sebetulnya rekaan di bahagian belakang Hyundai Bason ini pastinya mampu menarik perhatian sesiapa apabila menampilkan rekaan lampu berbentuk anak panah serta mempunyai jalur lampu LED yang melintangi di garisan tengah bonet belakang. Dengan rekaan yang berani sebegini, berjaya memberikan penampilan luaran Hyundai Bayon ini yang lebih moden.

Untuk model 2025, Hyundai Bayon ini turut menerima beberapa penambahbaikan dan kemas kini terkini termasuklah paparan kluster meter digital bersaiz 10.25 inci serta paparan Audio Visual Navigation Screen (AVN) juga dengan saiz 10.25 inci yang lengkap dengan fungsi Apple CarPlay dan juga Android Auto dan juga hadir dengan telematik Bluelink.

Sistem pendengara pula menggunakan jenama elok Bose untuk memberikan alunan bunyi yang lebih sedap orang kata. Ciri keselamatan pula terdiri daripada Lane Following Assist (LFA), Forward Collision-Avoidance Assist (FCA) dan juga Navigation-based Smart Cruise Control (NSCC).

Menggerakkan Hyundai Bayon ini adalah enjin 1.0L T-GDi yang mampu menghasilkan kuasa sekitar 100 PS. Ianya direka untuk kecekapan bahan bakar maksimum, memberikan penjimatan bahan api yang luar biasa tanpa mengorbankan keseronokan pemanduan. Pilihan kotak gear manual dan juga transmisi dual-klac tujuh kelajuan boleh dipilih.

Dengan aras harga bermula £22,480 (RM127,616), ianya mungkin mampu menjadi tarikan untuk pembeli di Eropah.

BACA : HYUNDAI DEDAH CROSSOVER BAYON KHAS UNTUK PASARAN EROPAH

BACA : HYUNDAI CASPER 2021 – SUV KOMPAK YANG COMEL

Google ads

B K

Back to top button