HYUNDAI, KIA SEDIA TINGKAT PENGELUARAN EV – PERMINTAAN MASIH KUKUH
Ketika pasaran kenderaan elektrik (EV) semakin diragukan terutama dengan permintaan yang menurun, keberkesanan serta praktikaliti EV, tetapi cerita berbeza pula dibawa oleh Hyundai dan Kia.
“Saya masih percaya pada EV,” kata Presiden Global Hyundai, Jose Munoz.
“Berdasarkan apa yang saya lihat, saya perlukan lebih banyak lagi. Jika saya mempunyai lebih kapasiti hari ini, saya boleh menjual lebih banyak kereta.”
Keyakinan itu dilaungkan dengan melihat pada rekod jualan model EV Hyundai dan Kia iaitu IONIQ 5 dan EV6 di pasaran A.S..
Permintaan EV yang kukuh mendorong Hyundai, termasuk Kia, menduduki tempat kedua dalam pasaran EV A.S. di belakang hanya Tesla.
Untuk rekod, dalam sembilan bulan pertama tahun ini, pendaftaran kenderaan elektrik meningkat 61 peratus kepada hampir 853,000.
Kenderaan elektrik melepasi paras 7 peratus dalam jumlah jualan A.S. pada separuh pertama tahun ini dan sedang menuju mencapai sasaran 1 juta tahun ini, menurut BloombergNEF.
Hyundai mempunyai rancangan untuk mengekalkan momentum itu walaupun terdapat kelewatan daripada pembuat kereta Amerika seperti Ford dan GM.
“Pelaburan kami dalam pembinaan elektrik bateri di Savannah (Georgia) diteruskan. Jadi kami berusaha sedaya mungkin untuk menyediakannya menjelang Oktober tahun depan,” jelas Munoz.
Beliau berkata Hyundai sedang mempercepatkan pelaburannya.
“Sebaik sahaja pengeluaran bermula, kompleks mega bernilai AS$5.5 bilion (RM25.6 bilion) itu membolehkan Hyundai EV layak untuk kredit cukai, meningkatkan lagi momentumnya.”
- BACA: KIA, HYUNDAI BUANG HARGA BAGI MODEL EV DI KOREA SELATAN
- BACA: CHINA EKSPORT LEBIH 900,000 KENDERAAN KE KOREA SELATAN – HYUNDAI, KIA TERCIDUK
- BACA: KENDERAAN ELEKTRIK HYUNDAI-KIA AKAN DIPASANG BATERI BAHARU, TAWAR JARAK PEMANDUAN 1000KM
- BACA: ADA KERETA HYUNDAI/KIA TAHUN 2011-2019? ANDA MUNGKIN BOLEH DAPAT ENJIN PERCUMA