Buletin

HYUNDAI INSTER – MODEL ELEKTRIK KOMPAK BERGAYA DARI KOREA SELATAN

Pengeluar kenderaan terkemuka dari Korea Selatan, Hyundai Motor telah memperkenalkan model elektrik sepenuhnya, Hyundai Inster yang merupakan model subkompak segmen A dengan menawarkan reka bentuk yang unik di Busan International Mobility Show 2024.

Hyundai Inster ini menampilkan reka bentuk yang berani dengan menggabungkan rupa yang futuristik dan inovatif dengan dalaman yang luas dalam badan SUV kecil. Dengan pakej teknologi canggih yang membantu memberikan pemanduan yang selamat dan halus, Hyundai Inster ini menawarkan pengecasan pantas dan julat yang terbaik dalam segmennya, sehingga 355 km.

Membina legasi reka bentuk CASPER berkuasa petrol yang diperkenalkan pada tahun 2021, evolusi penggayaan INSTER disokong oleh badan yang diperluas dan jarak roda untuk memberikan lebih banyak ruang dalaman serta penampilan luaran yang lebih rugged.

Reka bentuk luarannya menampilkan ciri sebuah SUV seperti pemakaian body cladding dan juga skidplate pada bahagian bampar hadapan dan juga belakang. Cuma rupa luarannya mungkin sedikit menyerlah apabila tampil juga dengan rekaan fender yang dilebarkan beberapa inci untuk tampil lebih tegap.

Dan rupa hadapan diserikan lagi dengan penggunaan lampu DRL jenis LED dan juga lampu isyarat membelok dengan grafik piksel. Rekaan lampu utama LED dengan berbentuk bulat itu mungkin membuatkan penampilan luarannya sedikit berbeza dengan imej urban yang cuba ditonjolkan.

Pilihan rim pula terdiri daripada bersaiz 15 inci atau pun 17 inci bergantung varian yang ada kelak. Manakala pilihan warna luaran untuk Inster ini termasuklah Atlas White, Tomboy Khaki, Bijarim Khaki Matte dan Unbleached Ivory, serta beberapa warna baharu, seperti Sienna Orange Metallic, Aero Silver Matte, Dusk Blue Matte, Buttercream Yellow Pearl dan Abyss Black Pearl.

Ruangan kabin Hyundai Inster ini pula menawarkan teknologi yang moden seperti paparan kluster digital bersaiz 10.25 inci dan juga paparan sistem infohiburan juga bersaiz 10.25 inci yang turut didatangkan dengan dok pengecasan tanpa wayar.

Sebagai sebuah model kompak, keupayaan tempat duduk dilipat rata termasuk pada bangku hadapan pastinya cukup dihargai untuk membawa lebih muatan bersaiz sederhana besar tanpa masalah. Fungsi pemanas pada bangku hadapan dan juga stereng pastinya cukup berguna ketika memandu waktu musim sejuk.

Dilengkapi dengan bateri 42 kWj sebagai standard, Hyundai Inster ini juga tersedia dengan bateri jarak jauh 49 kWj sebagai pilihan. Kedua-dua model dikuasakan oleh motor tunggal yang memberikan 71.1 kW (97 PS) dalam varian asas dan 84.5 kW (115 PS) untuk varian jarak jauh dengan kuasa tork yang sama, 147 Nm.

BACA : hHYUNDAI INSTER 2025 BAKAL DILANCARKAN BULAN INI – JARAK GERAK 355KM, ANGGARAN HARGA RM127K

BACA : HYUNDAI IONIQ 5 N NPX1 CONCEPT DIPERKENALKAN. BARULAH GARANG DAN LAJU

Google ads

B K

"
"
Back to top button