Buletin

HYUNDAI MASIH LAGI MEMPERTIMBANGKAN UNTUK MENURUNKAN EMPAT JENTERA RALLY1

Pasukan Hyundai Motorsport masih lagi mempertimbangkan untuk menurunkan empat jentera Hyundai i20 N Rally1 beraksi dalam satu – satu perlumbaan FIA World Rally Championship (WRC) musim ini.

Pengeluar berasal dari Korea itu sebelum ini telah meneroka idea untuk menambah penyertaan tambahan terhadap barisan tiga jentera lumba sedia ada di acara terpilih. Perkara tersebut telah dibincangkan tahun lepas ketika Hyundai Motorsport menilai pilihan pemandu 2025 mereka.

Pasukan lawan, Toyota Gazoo Racing terlebih dahulu mempertaruhkan dengan meletakkan empat buah jentera Toyota GR Yaris Rally1 musim ini dengan diketuai Kalle Rovanpera, Elfyn Evans Takamoto Katsuta dan Sami Pajari. Malah mereka juga menurunkan jentera kelima untuk beberapa acara perlumbaaan terpilih membabitkan juara WRC lapan kali, Sebastien Ogier.

Sungguh pun demikian Sami Pajari tidak menyumbang kepada mata pengeluar untuk pasukan Toyota, tetapi pemandu sambilan Sebastien Ogier telah didaftarkan untuk mendapatkan pungutan mata dalam tiga penampilannya setakat ini — membantu pasukan itu membina kelebihan 55 mata dalam kedudukan Pengeluar.

Sementara itu, Presiden dan Prinsipal pasukan Hyundai Motorsport Cyril Abiteboul berkata berkata idea untuk menghantar jentera keempat pada 2025 masih dalam pertimbangan. Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa keputusan itu bergantung kepada beberapa faktor dalaman.

Menurut Cyril Abiteboul lagi penggunaan jentera keempat akan memerlukan lebih banyak sumber dari segi kakitangan, sumber kewangan dan juga logistik. Buat masa ini mungkin mereka harus menangguhkan hasrat tersebut terlebih dahulu kerana apalah gunanya menghantar jentera keempat beraksi sekiranya ianya tidak mampu beraksi secara komptetetif.

Mungkin dengan menghantar jentera keempat beraksi akan membolehkan pasukan Hyundai Motorsport mendapatkan lebih banyak data mengenai tayar Hankook tetapi sudah semestinya ianya akan membabitkan kos yang lebih mahal sedangkan dalam masa yang sama mereka masih berupaya mendapatkan data mengenai perkara tersebut dengan cara yang lebih murah.

Hyundai Motorsport akan tetap membariskan tiga pemandu handalan mereka, Thierry Neuville, Ott Tanak dan juga Adrien Fourmaux untuk perlumbaan berikutnya di Rally Italia Sardegna hujung minggu ini.

Kredit Foto : Hyundai Motorsport

BACA : HYUNDAI MOTORSPORT AKAN MENGGUNAKAN JENTERA LAMA UNTUK BERAKSI DI SAFARI RALLY KENYA 2025

BACA : WRC 2025 – ADRIEN FOURMAUX KINI SAHIH SERTAI PASUKAN HYUNDAI MOTORSPORT

Google ads

B K

Back to top button