
HYUNDAI MOTORSPORT AKAN MENGGUNAKAN JENTERA LAMA UNTUK BERAKSI DI SAFARI RALLY KENYA 2025
Pasukan Hyundai Motorsport khabarnya akan menggunakan jentera dengan spesifikasi lama Hyundai i20 N Rally1 mereka bagi menghadapi saingan perlumbaan kedua kalendar FIA World Rally Championship (WRC) 2025 di Safari Rally Kenya pada bulan Mac nanti.
Perkara ini barangkali mungkin sedikit mengejutkan buat peminat pasukan Hyundai Motorsport mengapakah tindakan sedemikian diambil. Barangkali umum juga mengetahui akan dua keputusan awal di Rallye Monte-Carlo dan Rally Sweden tidaklah begitu memuaskan buat mereka.
Untuk rekod, sebetulnya barisan pemandu Hyundai Motorsport terdiri dariapda Thierry Neuville, Ott Tanak dan juga Adrien Fourmaux baharu sahaja menggunakan jentera Hyundai i20 N Rally1 yang telah pun diberikan tingkat taraf penambahbaikkan yang cukup dinantikan sewaktu perlumbaan di Rally Sweden meliputi pengurangan berat jentera yang digunakan serta terhadap sistem suspensi.

Memetik laporan daripada laman DirtFish, pasukan Hyundai Motorsport akan kembali menggunakan jentera dengan spesfikasi asal yang digunakan ketika perlumbaan pembukaan di Monte-Carlo dan bukannya jentera dengan spesifikasi terkini yang telah dikemaskini.
Barangkali ini merupakan suatu keputusan yang cukup tepat untuk mereka kembali menggunakan jentera asal atas faktor ketahanaan apatah lagi mereka akan beraksi dalam perlumbaan rali yang agak mencabar dari segi permukaan yang berdebu dan mungkin juga berlumpur. Maka atas faktor kekurangan untuk menjalani ujian terhadap jentera spesifikasi baharu, maka sudah tentu tidak berbaloi untuk mereka mengambil risiko sedemikian.

Sungguh pun demikian, rata – rata barisan pemandu Hyundai Motorsport seakan tidak dapat merasakan perubahan dari segi prestasi yang diberikan terhadap jentera Hyundai i20 N Rally1 itu. Menurut Prinsipal Pasukan Cyril Abiteboul, sebarang keputusan tidak sepatutnya diadili di Rally Sweden. Dan hasil sebenar prestasi jentera mereka sepatutnya diraih sedikit masa lagi dalam tahun ini.
Untuk rekod, ketika Shakedown Rally Sweden, Thierry Neuville sebetulnya berjaya mencatatkan masa terpantas sekali gus membayangkan kelajuan yang ada pada jentera yang dipandu. Cumanya keserasian dari segi tetapan tayar Hankook yang baru mungkin menjadi sedikit isu di kalangan pemandu Hyundai.
Kredit Foto : Hyundai Motorsport
BACA : HYUNDAI i20 N RALLY2 STEP2 BERSEDIA UNTUK DITURUNKAN DI ERC

