Artikel Pilihan

HYUNDAI PALISADE DILANCARKAN, DARI RM 328,888. ENJIN V8 3.8 GDI ATAU 2.2 CRDI

Hyundai Sime Darby hari ini telah melancarkan SUV paling besar dalam sejarah penubuhan mereka iaitu Hyundai Palisade yang menggabungkan rekaan berani, elegan dan serba boleh. Ini bagi memenuhi kehendak pasaran SUV yang mahukan sebuah kenderaan untuk kegunaan harian ataupun kembara di hujung minggu.

Pengenalan model Palisade membuktikan kesungguhan HSDM untuk menawarkan kenderaan yang berinovasi tinggi, lengkap dengan pelbagai ciri keselamatan pintar dan ruang dalaman paling besar dalam kelasnya. Jadi kami sediakan fakta pantas untuk anda berkenaan model ini.

1. Hyundai Palisade boleh didapati dalam dua pilihan tempat duduk sama ada 7 atau 8 tempat duduk dengan 1,297 ruang kargo. Ia akan ditawarkan dalam 4 varian utama iaitu 2.2 CRDi Exec 7 tempat duduk (RM348,888), 2.2 CRDi 8 tempat duduk (RM328,888), 3.8 V6 Luxe 7 tempat duduk RM358,888 dan 3.8 V6 Luxe 8 tempat duduk (RM338,888)

2. Enjin 2.2 CRDi turbodiesel VGT menghasilkan 197 kuasa kuda dan 440Nm tork seawal 1,750 RPM. Bagi enjin 3,800cc V6 petrol pula, ia menghasilkan 290 kuasa kuda dan 355Nm tork pada 5,200 RPM. Kedua-dua varian enjin tersebut menggunakan transmisi 8 kelajuan automatik. Namun hanya varian turbodiesel datang dengan ciri All Wheel Drive.

3. Palisade datang dengan 7 mode pemanduan iaitu Comfort, Snow, Mud, Sand, Smart, Sport ataupun Eco yang boleh dipilih dengan menggunakan butang rotari. Sistem yang dilengkapi pada varian turbodiesel akan menghantar tork yang sesuai pada semua roda bergantung pada permukaan jalan.

4. Antara ciri keselamatan Palisade ialah sistem keselamatan Hyundai Smart Sense yang merangkumi Lane Following Assist, Lane Keep Assist, Smart Cruise Control, Blind Spot Collision Avoidance Assist, Forward Collision Assist, High Beam Assist, Rear Occupants Alert dan Rear Cross Traffic Collision Avoidance.

5. Untuk bantuan pemandu, Palisade menyediakan ciri Head up Display, penyaman udara 3 zon, cermin pandang belakang untuk melihat penumpang, skrin sentuh 8 inci, skrin di paparan meter 7 inci, kerusi kuasa elektrik dengan 12 cara ubah suai dan memori serta ciri penyejuk.

6. Penumpang pula diberikan ciri kemewahan lain seperti pengecas telefon tanpa wayar, sunroof, moonroof, pintu belakang berkuasa elektrik, kerusi barisan kedua boleh dilipat dengan satu butang, serta balutan kulit yang mewah.

7. Dari segi dimensi, Hyundai Palisade berukuran 4,980mm, lebar 1,975mm dan tinggi 1,750mm. Ia merupakan sebuah SUV yang besar namun jangan risau kerana Palisade dilengkapi sensor parkir depan dan belakang serta kamera undur di belakang.

8. Rim bersaiz 20 inci dibekalkan dengan tayar bersaiz 245/20 di depan dan belakang. Turut disertakan ialah sistem brek cakera berliang di bahagian depan dan belakang. Brek parkir pula menggunakan teknologi elektrik dengan ciri Autohold.

9. Jika semua tempat duduk digunakan, Palisade masih menawarkan ruang kargo sebesar 311 liter, menjadi 704 liter bila tempat duduk barisan ketiga dilipat dan digandakan menjadi 1,297 liter dengan kerusi barisan kedua dan ketiga dilipat.

Pembeli yang berminat boleh melawat mana mana pusat pameran Hyundai untuk melihat Palisade secara dekat di Hyundai Ara Damansara, Jalan klang lama Gurney Paragon dan di Skudai. Anda juga boleh melawat laman sesawang Hyundai di SINI

Google ads
Back to top button