
IAM – MIME 2024 BAKAL BERLANGSUNG PADA 8-9 JUN 2024 DI KLCC – TURUT RAI ULANG TAHUN KE-20 CAR OF THE YEAR (COTY)
International Automodified (IAM) dan Malaysia International Motor Expo (MIME) tahun ini dijadualkan akan berlangsung pada 8-9 Jun 2024 di Kuala Lumpur Convention Centre.
Acara berkenaan turut meraikan ulang tahun ke-20 Malaysian Car of the Year Awards (COTY) sebagai penghormatan kepada kenderaan baharu terbaik pada tahun 2024.
IAM, yang merupakan pusingan pembukaan bagi acara tersebut, merancang melakukan 6 perhentian antarabangsa pada tahun ini.
Bermula dari Kuala Lumpur, IAM seterusnya bergerak ke Surabaya, Indonesia pada 20-21 Julai sebelum membuat penampilan sulung di California, Amerika Syarikat pada 24 Ogos.

Acara ini akan berlanjutan di Singapura pada 28-29 September; di Jakarta, Indonesia pada 30 November hingga 1 Disember; dengan penutup di Bangkok, Thailand pada 7-8 Disember.
IAM, dikenali sebagai pameran penalaan dan gaya hidup kereta terbesar di Asia Tenggara, menarik ribuan peminat kereta dengan hampir 100 anugerah individu yang diberikan kepada kenderaan terbaik dalam setiap kategori.
Sementara itu, MIME 2024 juga menampilkan pengeluar kelengkapan asal (OEM) serta produk dan inovasi terkini dalam industri automotif.
Pameran ini akan menyediakan platform bagi pemilik kereta dan pembeli untuk membuat pembelian dengan pelbagai pilihan ditawarkan, termasuk kenderaan elektrik serta model-model unik.
Bagi ulangtahun ke-20 COTY 2024, satu lagi ciri baru diperkenalkan iaitu mengiktiraf pencapaian kenderaan elektrik (EV) serta People’s Choice award, yang ditentukan melalui undian dalam talian.
Anugerah tahunan ini adalah platform bagi peminat automotif dan pakar untuk mengiktiraf serta meraikan kereta baru terbaik di Malaysia antara 1 Ogos 2023 dan 31 Julai 2024.
Dengan gabungan ketiga-tiga acara ini, IAM, MIME, dan COTY 2024 menjanjikan pengalaman automotif yang menarik bagi pengunjung untuk melihat inovasi, penghargaan serta pameran.
Seperti dinyatakan di atas, acara ini bakal berlangsung pada 8-9 Jun 2024 di Kuala Lumpur Convention Centre.
- BACA: APA YANG TELAH TERJADI PADA LOTUS MOTORCYCLES? KE BUAT SUPERMOPED DENGAN MODENAS?
- BACA: 3 RIBU LAND ROVER DEFENDER DENGAN KIT UBAH SUAI URBAN AUTOMOTIVE, SUV MEWAH DAN GARANG!
- BACA: ALPINE A290 MULA DIUJI DI TEMPAT SEJUK EKSTREM
- BACA: “HARGA KENDERAAN TAK NAIK” – PRESIDEN PERSATUAN AUTOMOTIF MALAYSIA (MAA)



