
APA YANG TELAH TERJADI PADA LOTUS MOTORCYCLES? KE BUAT SUPERMOPED DENGAN MODENAS?
Lotus Motorcycles membuat kemunculan besar pada tahun 2013 dengan kenyataan akhbar bahawa “Lotus Motorcylce diasaskan untuk membina dan menghasilkan motosikal daripada satu jenama kereta yang sangat ikonik”. Tapi pada hari ini nama Lotus Motorcycle terus hilang dari radar
Lotus Cars ditubuhkan pada tahun 1952 oleh Colin Chapman bagi memenuhi aspirasi beliau dalam perlumbaan, menjadi terlalu bagus sehingga pernah menjadi pesaing ketat kepada pasukan Scuderia Ferrari di litar perlumbaan selain pernah menghasilkan rekaan yang menarik dan kereta jalanan yang laju.
Namun sehingga pada hari ini maklumat berkenaan dengan syarikat ini sangat sukar ditemui. Atas sebab sebab yang tidak diketahui, Lotus Motorcylce tidak memiliki fasiliti pemasangan dan projek pertama mereka dihasilkan oleh Kodewa iaitu sebuah pasukan perlumbaan yang menyertai Le Mans dan telah menghasilkan beberapa model perlumbaan Lotus seperti Lotus T128 LMP2
Rekaan fairing luar dan konsep dihasilkan oleh Daniel Simon yang pernah menghsilkan beberapa rekaan yang menarik di Volkswagen dan juga menghasilkan Bugatti Veyron. Malah Simon turut terkenal dengan kepandaiannya menghasilkan rekaan futuristik bagi filem Tron egacy dan juga kapal angkasa dalam filem Oblivion
Cesi motosikal C-01 ini dihasilkan daripada gentian karbon manakala rekaan luar mengetengahkan konsep retro futistic atau bak kata Simon “apabila sains fiksyen bertemu realiti”. Tetapi selepas nampak semua aspek projek berjalan lancar, Lotus C-01 ini sebenarnya dibina oleh Holzer Group yang memiliki pengalaman dalam automotif dan teknologi angkasa lepas
Walaupun direka oleh Daniel Simon, tapi bagi menterjemahkan rekaan daripada model komputer menjadi realiti, usaha ini dibuat oleh Holzer Group yang turut memiliki pengalaman dalam perlumbaan secara professional termasuklah DTM, rali Jerman dan perlumbaan F1.
Beberapa komponen dihasilkan daripada titanium,dan juga logam yang turut digunakan bagi penerokaan angkasa lepas yang dihasilkan oleh RPP GmBH yang merupakan subsidiari Holzer Group dan Kodewa. Malah beberapa komponen dihasilkan secara CNC dimana ketepatan ukuran adalah sangat mustahak
Jadi Holzer Group merupakan pasukan utama yang merancang dan menjalankan tugas pembangunan Lotus C-01 dan menghasilkannya di fasiliti mereka dibawah lesen rasmi daripada Lotus. Selain daripada tanda dagang Lotus dan lesen, motosikal ini langsung tiada kaitan dengan Lotus
Pada tahun 2014, sebanyak 100 unit Lotus C-01 telah dihasilkan dan dijual di seluruh dunia. Selain daripada gentian karbon, kerangka motosikal ini menggunakan titanium dan logam khas untuk angkasa sepas. Ia menggunakan enjin V-Twin Rotax 1195cc yang menjana sehingga 200 kuasa kuda dan disambung dengan transmisi 6 kelajuan
Malah angka 200 kuasa kuda ini cukup mengagumkan menjadikannya memiliki nisbah kuasa dengan berat sekitar 2.26kg bagi setiap 1 kuasa kuda dan berat kering keseluruhan jentera ini hanyalah 181kg sahaja. Sistem brek di roda depan menggunakan cakera 320mm berkembar dan 4 piston. Untuk roda belakang ia menggunakan cakera 2200mm dan 1 piston.
Pada ketika itu, tiada sistem brek ABS digunakan untuk motosikal dan penunggang mesti menggunakan kecekapan sendiri untuk membrek dan mengawal jentera ini. Ketika ia diperkenalkan, Lotus C-01 dijual dengan harga mencecah RM 657,000
Namun disebabkan kurang popular dan tidak mencipta nama di litar perlumbaan mahupun kesukaran untuk mendapatkan motosikal ini, harganya tidak kekal tinggi dan mulai menjunam biarpun hanya dihasilkan dalam 100 unit sahaja di seluruh dunia.
Pada tahun 2017 sebuah Lotus C-01 yang diwarnakan dengan warna British Racing Green terjual dengan harga RM 528,000, iaitu dibawah harga yang diinginkan oleh penjual. Pada tahun 2019, sebuah lagi Lotus C-01 dengan rekaan warna Martini Racing dijual dalam satu lelongan pada harga RM 580,000.
Namun Lotus Motorcycle seakan menyembunyikan diri selepas projek Lotus C-01 tanpa sebarang projek terbaru sehingga pada hari ini. Laman sesawang Lotus Motorcyle masih wujud tetapi tidak dikemaskini. Malah laman sosial Facebook milik jenama ini juga tidak dikemaskini selepas beberapa tahun.