Buletin

INI SEBAB KENAPA PAYAH SANGAT NAK JUMPA KERETA CANTIK DI MESIR

Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Mesir, atau ibu negaranya Kaherah, salah satu perkara yang mungkin menarik perhatian pastinya keadaan kereta yang ada di atas jalan raya di sana.

Saya sendiri baru pertama kali tiba di sini pun perasan tentang perkara ini. Ya, anda tidak akan jumpa kereta yang berada dalam keadaan cantik. Boleh kata semua kereta di sini, kalau tak kotor berdebu, mesti ada kemik, calar dan sebagainya.

Menurut seorang rakan yang melanjutkan pelajaran selama lebih enam tahun di sini, kereta yang baru dibeli takkan dibiarkan lama. Paling lama cantik pun beberapa hari sahaja.

Maksudnya, antara tradisinya ialah pemilik akan ‘memandikan’ kereta itu dengan pasir!

Bukan itu sahaja, mereka juga akan mencalarkan kereta dengan sengaja. Contohnya, dengan melanggar pembahagi jalan atau calarkan dengan benda tajam seperti pisau.

Harus tahu yang calar itu bukan sikit-sikit. Tetapi calar itu biasanya agak dalam dan dibiarkan berkarat. Basuh kereta pun memang takkan berlaku, lazimnya kereta hanya dilap terutama pada waktu pagi.

Malah, ada penjaga ruang parkir atau random person di atas jalan menyediakan perkhidmatan mengelap kereta dengan upah sekitar 1 pound mesir (bersamaan 25 sen) atau lagi kurang daripada itu.

Memandangkan keadaan ekonomi yang kian merudum di Mesir, mengelap kereta menjadi antara kerja untuk mencari rezeki.

Jangan tak percaya, semua perkara ini dibuat kerana mereka mahu menunjukkan sifat merendah diri dan membuang perasaan suka bermegah-megah. Dalam erti kata lain tawaduk lah..   

Satu lagi perkara menarik ialah andai kata mereka terlanggar kereta orang lain, mereka akan bergaduh di tengah jalan, menyebabkan kesesakan.

Apa yang peliknya, mereka tidak akan bergaduh lama, tak sampai 10 minit terus bersalaman-salaman, pergi secara aman sambil menyebut perkataan yang mengagungkan Allah seperti Subhanallah, Masya Allah dan sebagainya.

Interesting!

Google ads
Back to top button