Buletin

PUTIN UJI AURUS SENAT SEDAN DI LITAR F1 SOCHI – PRESIDEN MESIR PUN TUMPANG SEKAKI

Rusia dilapor mahu menjadi pengeluar kenderaan mewah yang setaraf dengan Rolls-Royce dan Bentley.

Justeru, pengeluar kenderaan Aurus yang bertanggungjawab menghasilkan kenderaan untuk kegunaan Presiden Rusia, Vladimir Putin mahu menjual produknya ke pasaran massa.

Bagi mengetahui keupayaan sebenar jentera tersebut, Putin sendiri menguji model Aurus Senat sedan di litar F1, Sochi baru-baru ini. Putin ditemani Presiden Mesir, Abdel Fatah el-Sisi, ketika memandu model yang merupakan versi lebih kecil untuk Senat Limousine.

Jika dinilai dari segi saiz, Senat sedan tidak jauh beza dengan Rolls-Royce Phantom.

Senat sedan dikuasakan oleh enjin V8 4.4 liter bersama sistem hybrid yang mampu menjana kuasa sekitar 598hp. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear automatic sembilan kelajuan.

Kemunculan Aurus membuktikan kesungguhan Rusia untuk meneroka segmen mewah. Aurus mula membangunkan kenderaan sejak tahun dengan hasrat untuk memasarkannya mulai tahun depan.

Aurus dijangka mahu memulakan jualan di Eropah dan mungkin akan cuba menjual keretanya ke pasaran Amerika Syarikat. Perancangan seterusnya adalah memasuki pasaran China, Asia Barat, Afrika, Amerika Selatan dan Korea Selatan.

Selepas Senat sedan, Aurus merancang untuk melancarkan SUV mewah pula.

Google ads
Back to top button