Artikel Pilihan

TAHUKAH ANDA ADA KERETA DAN PERALATAN YANG TELAH DIHARAMKAN PENGGUNAANNYA?

Idea yang bagus tak semestinya boleh diterima semua orang. Sudah tentu peraturan dan ciri keselamatan membuatkan kereta-kereta yang kita pandu sekarang lebih selamat.

Peralatan seperti tali pinggang keledar, beg udara, crumple zones dan tiang-A yang cukup besar memastikan kita selamat jika berlaku perlanggaran. Tapi sebenarnya saiz tiang-A yang besar itu juga memberikan kita titik buta yang juga besar. Ironik jugak kan?

Ini pula ada beberapa ciri kereta dan kereta itu sendiri yang telah diharamkan disesetengah tempat dengan alasan yang agak meragukan. Setengah tempat lain okey pulak.

Ford Mustang Line Lock: Australia

Australia mempunyai budaya JDM dan kereta ‘otot’ yang agak menarik tapi perundangan di sana agak ketat contohnya jika ia melibatkan aksi burnout yang melampau. Memang la, kalau yang buat aksi tu profesional tak ada masalah tapi kalau amatur yang buat memang banyak yang berakhir dengan kemalangan.

Itulah puncanya kenapa Ford Mustang yang dipasarkan di Australia tidak mempunyai fungsi Line Lock. Apa benda Line Lock ni? Line Lock membolehkan anda mengunci kedudukan tayar hadapan sewaktu melakukan dan memutarkan tayar belakang sampai berasap (panaskan tayar dan juga hati lawan sebelum berlumba).

Ia juga berfungsi untuk menunjuk kepada awek di tempat parkir awam pada hujung minggu.

Chevrolet Camaro ZL1 1LE Dive Planes: Eropah

Camaro merupakan kereta sport Amerika yang diterima dengan baik di Eropah tapi lain pula halnya dengan model LE1 yang mempunyai sirip ataupun dive planes yang dilengkapkan pada sisi bumper hadapan untuk membantu downforce dan penyejukan brek.

Mazda CX30

Ia tidak menepati standard keselamatan pejalan kaki Eropah menyebabkan LE1 hanya boleh dijual sebagai track car di Eropah. Kiranya kalau anda nak dilanggar oleh Camaro pastikan ia sebuah model standard sebab LE1 mampu memotong kaki anda dengan dive planes tu.

Kereta tanpa pemandu: India

Walaupun kereta tanpa pemandu ni sebenarnya belum wujud pun di atas jalan kecuali yang diwarwarkan oleh syarikat pengeluaran kenderaan kepada pelabur mereka, tapi Menteri Pengangkutan India, Nitin Gadkari sudahpun mengumumkan yang kereta tanpa pemandu tidak akan dibenarkan di India.

Alasan beliau senang sahaja, teknologi tidak seharusnya menggantikan kerja manusia di negara yang mempunyai kadar pengangguran yang tinggi seperti India. Pendapat masing-masing nak buat macam mana.

Kereta-kereta TVR: Amerika

Model-model TVR seperti Tuscan, T350, Cerbera dan Sagaris tidak pernah dibenarkan di jalan raya AS bukan kerana ciri-ciri yang ada padanya tetapi kerana kekurangan ciri keselamatan.

Walaupun Tuscan dihasilkan antara tahun 1999-2006, TVR menyatakan yang berdasarkan pengalaman mereka dan ujian tanpa yang mereka jalankan, kereta-kereta keluaran mereka adalah lebih selamat tanpa ABS dan traction control.

Mereka juga menolak untuk melengkapkan beg udara pada kereta mereka. Tapi sebenarnya TVR ni memang terkenal dengan kereta-kereta mereka yang brutal lagi ganas. Mana boleh kereta ganas ada ciri-ciri keselamatan macam tu kan?

Kereta-kereta berwarna hitam: Turkmenistan

Ini betul punya tak masuk akal. Pada tahun 2015 dulu, kerajaan Turkmenistan telah mengharamkan kemasukan kereta-kereta berwarna hitam dari negara-negara Asia Tengah.

Kemudian mereka telah mengharamkan pula import kereta berwarna hitam. Kereta berwarna hitam yang sedia ada juga ditunda dan untuk mendapatkan kembali kereta mereka, pemilik mesti menandatangani perjanjian supaya menukar warna kereta mereka kepada warna lain.

Kenapa jadi macam ni? Kerana Presiden Gurbanguly Berdymukhammedov seorang yang sangat percayakan tahyul dan percaya kepada nasib malang yang dikaitkan dengan warna hitam.

Sebab itulah semua kereta beliau berwarna putih. Adoinya, pemimpin macam ni pun ada rupanya.

Chevrolet SS: Israel

Negara haram Israel rupanya takut betul dengan huruf SS ni. Mahunya tak kerana ia sama dengan pasukan SS Nazi ataupun Schutzstaffel, sebuah unit khas dalam tentera Jerman yang bertanggungjawab kepada pembunuhan jutaan orang Yahudi satu ketika dahulu.

Silap besar la kalau nak jual kereta dengan nama SS kepada Israel. Motor Yamaha SS blok TZR nak tak abang Israel? Nak jual murah-murah je.

Pagani Zonda R: Amerika

Sebenarnya banyak kereta yang dilarang dipandu di Amerika akibat masalah sistem keselamatan tapi kereta yang satu ini memang mengejutkan.

Pagani Zonda R hanya boleh dipandu di Amerika jika ia didaftarkan di bawah kategori “Show and Display”.

Dengan kata lain ia hanya dibenarkan untuk pameran. Kenapa? Kerana is telah disenarai hitam oleh NHTSA kerana tidak menyediakan beg-udara mesra kanak-kanak termaju didalamnya.

Hello abang pegawai, rasa-rasa berapa ramai pemilik yang akan membawa kanak-kanak atau bayi dalam kereta ini ye?

Volkswagen: Korea Selatan

Skandal Dieselgate turut menjejaskan Volkswagen di Korea Selatan kerana pada tahun 2016, kebenaran menjual 32 model VW di Korea Selatan telah ditarikbalik.

Kini mereka berusaha memasuki kembali pasaran Korea Selatan tetapi mendapat banyak tentangan kerana ramai yang merasakan syarikat tersebut perlu membuat permohonan maaf dengan cara yang bersesuaian selain perlu membayar gantirugi atas perbuatan mereka.

Lambang Bowtie Chevrolet: Mesir

Ini merupakan kali ketiga Chevrolet muncul dalam senarai ini. Walaupun anda masih boleh membeli Chevrolet di Mesir tetapi pada tahun 2012, salah seorang ulama di sana menyatakan yang produk Chevrolet haram dibeli kerana lambang bowtie syarikat berkenaan menyamai salib Kristian.

Kami pun bukannya ustaz ataupun PU ataupun ustazah pilihan tetapi kenapa baru sekarang isu ini timbul sedangkan Chevrolet sudah menggunakan logo ini hampir 100 tahun.

Lagi satu bagaimana pula dengan lambang-lambang lain? Alfa Romeo dan Lincoln contohnya sudah terang-terang menggunakan seperti salib pada logo mereka.    

Tags
Google ads
Back to top button